Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2023 @ 7:00pm

“Macam Ni Lah Bagus, Tak Block Orang Belakang”- Tampil Lebih Ringkas, Netizen ‘Respect’ Aina Abdul

Penyanyi popular, Aina Abdul akhirnya tampil dengan busana lebih ringkas pada program hiburan popular yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.

Aina atau nama penuhnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 29, mendedahkan, dia letih dengan isu baju yang sering dibangkitkan setiap minggu, namun itu bukanlah bermaksud dia akur dengan kata-kata netizen sebaliknya lebih kepada mendengar nasihat ibunya.

“Selama lima minggu, saya pun manusia biasa sama macam semua orang bila kita nak buat sesuatu kita asyik terfikirkan apa orang suka dan tak suka.

“Jadi, sebenarnya saya letih dengan kecaman sebegitu. Tapi saya nak fikirkan juga perasaan mak saya kerana dia juga masih boleh membaca komen-komen itu dan saya juga nak ajak semua orang untuk when you just give a comment to me, but you also comment to my mum as well.  So bila dia baca komen and dia tak happy, saya pun rasa tak happy,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan.

Tambahnya lagi, selain menjadi pengkritik tetap terhadap penampilan dan persembahannya, ibunya, Zaini Abdullah juga sering memberikan nasihat agar pelantun lagu Terus Hidup itu lebih berhati-hati kerana takut kata-kata kecaman itu akan menjadi satu doa.

“Bila mak cakap minta saya pakai baju biasa je sebab katanya takut makin lama orang akan membenci itu semua doa. Jadi kita ikutlah.

“Tapi, saya bukan macam orang kata saya akur dengan apa orang cakap, sometimes it’s okay to say yes to netizen kerana saya tak ada rasa macam saya kena lawan mereka atau saya lemah… sebab saya follow apa yang mereka cakap.  Pada saya, outfit it’s just an outfit,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA dilaman sosial TikTok, rata-rata peminat memuji penampilan Aina yang lebih ringkas sekaligus berharap agar penyanyi ini tampil dengan fesyen yang tidak ‘crowded’ sehingga menghalang pemandangan mereka.

“Less is more, it’s not about the dress, it is all about the name and you got it!

“Kan elok macam ni, nampak lah Aina Abdul comel.

“Sederhana lagi tenang. Bagus dengar pendapat orang.

“Harap kekalkan imej sebegini. Dah tak block orang belakang.

“Simple macam ni tetap nampak profesional.

“Bagus Aina dengar nasihat ibu.

“Macam ni lah bagus, tak sesak mata orang belakang.

“Nanti Aina berfesyen masa konsert Aina sendiri boleh lah… Kita tak kisah, masa jadi juri ni pakai simple je.

“Inilah pakaian yang simple but elegant. Harap tak ada lagi manusia yang menggelabah duduk dekat belakang Aina kata tak nampak,” komen netizen.

Terdahulu, Aina sering dikritik dek kerana penampilannya yang dikatakan menghalang pemandangan audiens yang hadir ketika menyaksikan pertandingan nyanyian popular itu.

Sehinggakan, pereka fesyen Aina, Masyadi Mansor sebelum ini tampil memberikan kenyataannya berhubung busana yang disifatkan sebagai ‘toto narita’ ketika hadir pada konsert berkenaan sebelum ini.

 

Sumber: Youtube F8Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Featured Mon, 16 May 2022

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan di Dewan Filharmonik PETRONAS menampilkan 3 suara emas menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan S. Atan.

Featured Sat, 18 Apr 2020
Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

error: Content is protected !!