Categories: Acara

Zizie Ezette terima ‘pinangan’ Rabecca, nafi eksploitasi anak

Selebriti popular tanah air, Datin Rabecca Nur Al Islam berbesar hati melantik anak kepada sahabat baiknya, Datin Seri Zizie Ezette sebagai duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd.

Kelima-lima anak Zizie, Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3,  Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1, mengikat kontrak perjanjian selama dua tahun sebagai duta bagi produk makanan tambahan untuk kanak-kanak itu.

Kredit gambar: Kaki Foto

Rabecca selaku pengasas Anggun & Anggerik Enterprise berkata, pelantikan duta itu dipilih atas dasar persamaaan yang dimiliki dirinya dan Zizie iaitu seorang isteri serta ibu yang sanggup memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan demi tanggungjawab kepada keluarga tercinta.

Kredit gambar: Kaki Foto

“Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai. Bagi saya, kebahagiaan anak adalah penting. Apabila anak sihat, cergas dan ceria, saya sebagai ibu akan rasa bahagia melihat mereka. Saya yakin Zizie juga berasakan hal yang sama, mahukan yang terbaik untuk anaknya.

“Sekali pun produk ini menjadikan lima anak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting untuk mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani produk IQ Super dengan duta di Petaling Jaya pada Khamis.

Kredit gambar: Kaki Foto

Sementara itu, Zizie yang juga isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, berkongsi beliau menerima tawaran sahabatnya itu atas dasar persahabatan yang dibina lebih sedekad lalu.

Zizie yang selesa menjadi suri rumah sepenuh masa itu turut berkata, beliau jatuh hati menerima ‘pinangan’ Rabecca untuk melantik anaknya sebagai duta kerana dapat melihat sendiri keberkesanan produk berkenaan terhadap anaknya.

Kredit gambar: Kaki Foto

“Saya jenis yang tidak berani untuk memberi anak makan apa-apa sesuka hati. Saya memang sangat teliti apa yang masuk dalam mulut anak. Saya juga tidak lepas tangan walaupun saya ada pembantu.

Ketika Rabecca memberikan produk ini untuk dicuba beberapa bulan lalu, saya lihat dahulu kandungannya. Melihat pada kandungan produk itu seperti kurma, walnut dan kismis, saya terus bagi anak untuk mencubanya.

“Alhamdulillah, memang mengejutkan anak-anak saya suka makan IQ Super dan dapat nampak perubahan pada diri mereka. Saya dapat lihat perkembangan positif di mana mereka makin aktif dan ceria. Sel-sel otak berhubung dan mereka juga jarang sakit sekarang,” katanya kepada Hijab & Heels.

Menurut kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu lagi, beliau menepis dakwaan yang mengatakannya mengeksploitasi atau mempergunakan anak demi kepentingan dirinya sendiri.

Kredit gambar: Kaki Foto

“Alhamdulillah, kehidupan saya sekeluarga baik dan senang. Tapi, saya mahu mereka kenal apa itu sikap bertanggungjawab dan tahu erti kesusahan. Kehidupan sekarang tidak mudah dan sangat sukar serta mencabar.

“Saya sendiri pun bukannya datang daripada keluarga senang dan sudah mula bekerja ketika berusia 13 tahun lagi untuk membantu keluarga. Saya tidak mahu terlalu manjakan anak dan mahu mereka bersedia untuk kehidupan akan datang,” katanya yang menganggap tawaran sebagai duta adalah rezeki kepada anaknya.

Kredit gambar: Kaki Foto

IQ Super adalah produk makanan tambahan revolusi baharu untuk tumbesaran kanak-kanak yang bijak, cergas dan ceria. Produk itu membantu untuk meningkatkan selera makan, kecerdasan minda, sistem imunisasi, mengurangkan sembelit, membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat serta menjadikan tubuh lebih sihat dan segar.  

Info lanjut mengenai produk IQ Super boleh layari Instagram dan Facebook, @beccahq serta @rebeccanuralislam.

Ad Ops