Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 15, 2018 @ 4:00pm

Ada Yang Masih Tak Tahu Nak Buat Brownies? Ini Dia Resipi Mudah Untuk Anda

Penulis baru saja menempah brownies untuk dihidangkan di majlis rumah terbuka Raya nanti. Tiba-tiba terfikir, kenapa tak buat sendiri? Jawapannya senang saja. Sebab tak tahu bagaimana!

Kek coklat yang mampat, padat, lazat ini memang popular, tapi adakah dalam kalangan anda yang masih tak tahu membuatnya? Bukan penulis seorang saja, kan?

Dengan itu, Hijab & Heels ingin kongsikan resipi mudah untuk membakar kek brownies. Kalau nak lagi senang, pakai saja cake mix yang ada dijual di pasaran, tapi resipi ini akan memberi anda kek brownies yang kaya dengan rasa coklat dan berasa kenyal apabila digigit. Itulah jenis brownies yang paling best untuk dimakan!

Selepas ini, penulis akan try buat di rumah. Anda pun boleh cuba dan hidang untuk Raya!

Bahan-bahannya:

228 gram (8oz) coklat masak yang berkualiti

¾ cawan mentega, dicairkan

1 ¼ cawan gula halus

2 biji telur

2 sudu kecil esen vanila

¾ cawan tepung serbaguna

¼ cawan serbuk koko

1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Panaskan oven anda ke 180 darjah Celcius.

2. Potong coklat hingga menjadi kepingan blok. Cairkan separuh dan simpan separuh lagi untuk kemudian.

3. Campurkan mentega dan gula, dan pukul telur dan esen vanila ke dalamnya selama 1 ke 2 minit sampai campuran nampak kembang dan cerah warnanya.

4. Masukkan coklat cair (pastikan ia tak terlalu panas, nanti telur di dalam campuran itu masak pula) dan kacau.

5. Tapiskan tepung, serbuk koko dan garam ke dalam campuran.

6. Gaul hingga sebati tapi jangan berlebihan pula supaya brownies nanti tak menjadi seperti tekstur kek.

7. Masukkan pula kepingan coklat ke dalam adunan dan tuangkan hasilnya ke dalam loyang segi empat sama yang dilapik dengan kertas minyak.

8. Bakar selama 20 ke 25 minit, dan sejukkan sepenuhnya. Potong dan hidang bersama segelas susu sejuk. Sedap!

Kalau anda tak pasti, boleh rujuk ke video tutorial ini:

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 18 May 2019
Eat Travel Tue, 30 Apr 2019

Resipi Cucur Lobak Merah ini sesuai untuk sarapan pagi anak anda

Lobak merah mempunyai khasiat yang membantu perkembangan minda anak anda.

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

Cef Ini Menghias Keknya Bertemakan Pokok Kaktus. Nampak Macam Real!

Hanya guna buttercream untuk hasilkan pelbagai jenis dan saiz pokok kaktus.

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Eat Travel Mon, 21 May 2018

Nak Belajar Cara Membuat Bubur Lambuk Kampung Baru, Nah Ini Resipinya

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 60 tahun lalu tidak pernah berubah

Eat Travel Mon, 11 Nov 2019
error: Content is protected !!