Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 21, 2022 @ 7:44pm

Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Sudah Bernikah? – “Saya Tak Peduli, Janji…”

Kemelut isu rumah tangga pelakon Adam Shah dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa nampaknya semakin hangat dibualkan warganet selepas rakaman video perbualan Adam bersama anaknya mengenai kelakuan Fatin tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Terbaharu, memetik laporan Kosmo, Adam memberitahu video yang tular tersebut adalah video lama dan mengakui memuat naik video tersebut selepas mengesyaki dihalang berjumpa dengan anaknya oleh Fatin.

“Video yang saya kongsikan di laman sosial sebenarnya saya rakam beberapa bulan lalu dan baru dedahkan kerana saya cuma mahu tunjuk bukti dia halang kami berjumpa kerana takut anak bercerita benda rahsia.

“Saya dedah sebab tertanya-tanya punca lebih sebulan saya dan anak dihalang berhubung. Soal dia bertunang atau kahwin, saya tak peduli, janji keselamatan anak saya terjaga,” katanya.

Tambah pelakon Cinta Buat Dara itu lagi, dia tidak mahu ambil tahu soal Fatin sudah bernikah seperti yang didakwa ahli keluarganya.

“Waktu itu, ahli keluarga terdekatnya mendakwa Fatin telah bernikah, tetapi diam-diam. Apa motif sebut begitu saya malas ambil tahu. Jadi, video yang saya muat naik tiada kena mengena dengan pertunangan sesiapa,” tambah Adam.

Adam juga meminta mana-mana pihak jangan merumitkan keadaan mengenai isu melawat anaknya dengan melibatkan pihak ketiga.

“Saya cuma minta jumpa anak. Jangan rumitkan keadaan. Kalau sebelum ini kami secara lisan bersetuju jaga anak sama-sama tanpa babitkan mahkamah, kali ini saya failkan hak penjagaan.

“Saya tak faham kenapa dia perlu meminta seorang lelaki untuk menghubungi saya kononnya supaya saya menghentikan provokasi di media sosial. Siapa sebenarnya yang memulakan semua ini?

“Walaupun individu tersebut hanya penyampai mesej, rasanya tak perlu heret orang tak berkenaan. Dia pun sudah sekat nombor saya, jadi apa kata runding secara profesional menerusi peguam masing-masing.

“Saya syak dia bertindak sedemikian kerana satu persatu rahsianya yang cuba dikambus telah saya dedahkan hingga mendorongnya ‘mengirim’ pesanan menerusi orang ketiga,” jelas Adam.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 tetapi telah bercerai pada 30 Mei 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kantoikan Fatin Afeefa Tidur Dengan Boyfriend? Rakam Perbualan Dengan Anak, Adam Shahz Dikecam Netizen 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

“Ya, Itu Lagu Baru…” – Selepas Dilamar Teman Lelaki, Nabila Razali Bakal Kongsi Berita Gembira

Selepas berkongsi foto dilamar teman lelakinya yang juga usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Nabila Razali bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai hubungannya itu. Menurutnya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum […]

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

familuv Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Roslan Hussin Pelakon Layar Lara Meninggal Dunia

Salam takziah buat family Roslan Hussin antara pelakon era 1990an

error: Content is protected !!