Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 7, 2020 @ 2:37pm

Adele buat kejutan kepada peminat sempena ulang tahun kelahiran, ramai terkejut!

Penyanyi berbakat besar, Adele, 32, mengejutkan peminat seluruh dunia dengan penampilan terbaharunya yang dikongsi di platform Instagram, pada Rabu apabila semakin langsing.

Dalam perkongsian itu, penyanyi kelahiran Britian itu tampil anggun dan cantik dengan imej yang lebih langsing. Menerusi hantaran yang mendapat lebih lapan juta tanda suka itu, Adele turut meninggalkan kapsyen terima kasih kepada peminat yang memberi ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 5 Mei lalu.

Selain itu, pelantun lagu Hello itu turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berjuang bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Terima kasih atas ucapan hari jadi, saya harap anda semua berada dalam keadaan selamat pada saat-saat sukar ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan ramai orang. Anda adalah hero kami,” tulisnya di Instagram.

Beliau pernah berkongsi mengenai perubahan dirinya ketika kali terakhir memuat naik hantaran dalam laman sosial Instagramnya pada 24 Disember lalu.

Penyanyi lagu Someone Like You itu mula menarik perhatian ramai sekitar Oktober lalu apabila tampil dengan imej yang berbeza.

Menurut US Weekly, perubahan bentuk tubuh Adele adalah kerana dia mengamalkan Sirtfood Diet, latihan kardio tiga kali seminggu dan mengupah jurulatih peribadi untuk tampil lebih kurus dan langsing.

adele kurus cantik

Kredit gambar: Encyclopedia Britannica

Difahamkan, rutin pemakanan dan kecergasan yang diamalkan Adele membuatkannya berjaya menurunkan berat badan hingga 45 kilogram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#COYS ❤️

A post shared by Adele (@adele) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2024

Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪

Featured Sun, 10 Nov 2024
Featured Thu, 16 Apr 2026

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

Featured Tue, 18 Apr 2023
Acara Wed, 29 May 2019
Featured Tue, 16 May 2023

“Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

“Paling semak bila dia fikir gambar dia je kena lawa” – Tiz Zaqyah 😌

error: Content is protected !!