Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2026 @ 5:00pm

Aedy Ashraf Dedah Hidup Struggle, Lahir ketika Bapa Dalam Penjara – “Saya Dibesarkan Di Kawasan Perumahan ‘Dodgy Flat'”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil mendedahkan mengenai kisah disebalik kehidupan peribadinya yang penuh cabaran termasuklah dibesarkan tanpa figura seorang ayah.

Kata Aedy menerusi temu bual podcast ‘Kita Kita Aje’ yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi baru-baru ini, kehidupannya tidak seperti keluarga biasa.

“Saya lahir dalam keluarga yang tak normal, bukan keluarga yang sempurna. Saya tak tahu macam mana nak describe keluarga saya. Kerana ia sesuatu yang ‘rare’.

“Saya tidak pernah berkongsi perkara ini. Bagi saya, saya kongsikan kisah ini bukan atas sebab tujuan promosi filem dan sebagainya tetapi yang paling penting adalah saya nak sampaikan mesej… sebab saya percaya ramai orang dekat luar sana yang melalui situasi seperti saya. Tetapi mereka memilih diam,” katanya.

@aleesaameer Perjalanan hidup pahit & manis Aedy Ashraf….please dengar poadcast kita² aje,full ep….Banyak yang boleh kita belajar tentang pengalaman yang dilalui oleh Aedy….yang pahit pasti akan manis juga wp mengambil masa yang lama✨💙 #aedyxashraf #paknil #kita2aje #fypシ゚ ♬ original sound – Aleesa Ameer

Menurut Aedy, ketika dia dilahirkan bapanya ketika itu menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah dan senjata api selama enam tahun, manakala ibunya seorang diri memikul tanggungjawab membesarkannya.

Namun, meskipun dibesarkan oleh susuk seorang ibu, pelakon filem War On Terror itu tidak pernah berasa kekurangan kasih sayang.

“Apa yang boleh saya katakan hidup saya struggle. Masa mak saya lahirkan saya, kalau normal family mesti ada mak dan bapa ada dekat dalam labour room tetapi tidak saya. Ibu saya lahirkan saya, bapa saya tidak ada di sana tetapi di penjara untuk jangka masa 6 tahun atas kesalahan dadah senjata api. Dan saya membesar tanpa susuk ayah sehinggalah saya berumur 7 tahun.

“Tapi itulah hebatnya seorang ibu. I never feel incomplete growing up. Saya tak merasakan yang saya kekurangan kasih sayang meskipun tanpa figura ayah.

“Ibu saya sentiasa memberikan saya segala-galanya sehinggalah sekarang. She is the stronger. Tapi apapun yang ibu berikan at the end of the day, ibu bukanlah seorang ayah,” jelasnya.

Aedy juga menjelaskan, dia pernah berasa bingung apabila melihat kanak-kanak normal lain sentiasa ditemani ibu bapa mereka.

“Saya pernah tanya tapi saya tak tahu apa itu ayah? Dan apa tanggungjawabnya? Sebab dia tak pernah wujud. Tapi itu adalah the worst part bila tengok orang lain ada figura itu. Sebab it’s confusing.

“Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar,  perasaan bingung adalah benda paling bahaya kerana saya merasakan saya adalah ‘produk’ jenayah untuk orang miskin yang kahwin.

“Bagi saya miskin harta, boleh cari duit… tapi miskin dari segi emosi, miskin dari segi kasih sayang, miskin dari segi tanggungjawab itu adalah masalah,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Aedy memaklumkan dia pernah diculik oleh bapa kandungnya ketika ibunya sedang berada di lokasi penggambaran.

Malah, insiden itu memberikan kesan mendalam terhadapnya apabila dia pernah melihat sendiri dadah dan pistol diletakkan di atas meja.

“Pertama sekali saya jumpa ayah saya kerana ayah saya culik saya dekat rumah. Masa tu ibu shooting. Waktu itu saya sedang tidur, saya sedar-sedar sudah berada di bahu ayah. Saya dibawa ke rumahnya, dia tinggal bersama kawan-kawan. Saya tak takut, cuma rasa tak selamat.

“Saya rasa seminggu juga saya tinggal dengan ayah. Dia pun manusia juga, saya rasa dia tak sanggup lihat saya berpisah dengan kakak lalu hantar semula pulang ke rumah.

“Saya dibesarkan di kawasan perumahan ‘dodgy flat’. Mungkin dodgy bagi saya tapi bukan orang lain. Waktu saya membesar, saya melihat sekeliling dengan kewujudan remaja hisap gam, merempit serta kes samun dan curi motor.

“Tapi Saya cuba meletakkan diri saya di tempat dia ‘seorang ayah yang melakukan kesilapan yang besar dan keluar daripada penjara dan dia mahukan keluarga dia kembali. Tapi untuk ibu saya pula dia tak boleh terima kerana dia mempunyai trauma.

Bagaimanapun, Aedy berkata, ayahnya kini berada dalam keadaan sihat dan masih menetap di Kelantan.

“Sekarang ini dia (bapa) di Kelantan, masih sihat dan dah jadi orang masjid,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Antara Cinta, Agama & Restu, ‘Jika Itu Salahku’ Pertemukan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong

Drama 13 episod bakal menemui penonton mulai 17 Oktober ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam

Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Gempak! Ruffedge Pukau 5000 Penonton Di KL Live

Bayangkan, waktu tak terasa langsung berjalan dengan iringan lagu yang menggamit nostalgia penonton. Jeritan dan nyanyian penonton bergema tidak berhenti dari mula hinggalah ke akhir persembahan. Meriah sungguh!

Drama Fri, 3 Mar 2023
Featured Thu, 25 Nov 2021

Bakal Terbang Ke US, Nur Sajat Dakwa Akan Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show pada Januari depan. @sajat.issa Bulan 2 Sajat terbang ke singapore ♬ original sound […]

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

美国队长正式告别!网泪崩:他会死在《复仇者4》

「美国队长」克里斯伊凡斯完成《复仇者联盟4》的补拍工作,正式宣布高挂盾牌,离开扮演8年的​​美国队长角色!

Featured Sat, 29 Jun 2024

Nora Danish Beri Bayangan Sudah Berhijab?

Sama-sama kita doakan yang baik buat Nora✨

error: Content is protected !!