Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2026 @ 12:12pm

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Kata Aedy, dia sedar hari ini lebih ramai manusia yang sedang bertarung secara senyap demi keluarga, cita-cita dan impian sendiri meskipun terpaksa melalui pelbagai cabaran hidup.

“Kepada abang-abang, kakak-kakak saya di Thread ni yang sedang bertarung dalam kehidupan masing-masing.

“Saya tahu anda sedang bertarung senyap-senyap. Ada yang bertarung demi keluarga, bertarung untuk diri sendiri, bertarung dengan masa silam, bertarung untuk cita-cita. Teruskan!.

“Tanpa henti, pasti satu hari nanti akan sampai ke destinasi yang dituju. Pasti!,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Projek: High Council itu turut mendedahkan, karya terbaharunya berjudul Tarung Unforgiven dihasilkan khusus buat mereka yang pernah jatuh berkali-kali namun masih memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan.

Akuinya, setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan sebenarnya tidak akan sia-sia jika seseorang itu terus kuat melangkah kehadapan tanpa mengenal erti penat dan putus asa.

“Aku bikin Tarung Unforgiven untuk orang-orang macam kita, yang jatuh berkali tapi tetap bangun, yang penat tapi tak berhenti melangkah, yang luka tapi masih memilih untuk percaya. Untuk jiwa yang tak pernah kenal erti give up!,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil. Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang […]

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Belum Lagi Bertunang, Itu Semua Khabar Angin

Kenapa Jejai ucap tahniah pada Fasha dan Aidil? Ada apa yang tidak dikongsi bersama dengan peminat

Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Hiburan Thu, 20 Nov 2025
error: Content is protected !!