Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 9, 2018 @ 12:00pm

Agensi Berita Antarabangsa Reuters Kongsikan 33 Gambarnya Yang Menerima Paling Banyak Likes Di Instagram

Reuters bertanggungjawab untuk mendokumenkan “berita dalam bentuk gambar, ketika ia sedang berlangsung”.

Agensi berita terkemuka ini menangkap momen-momen penting dalam bidang politik, sukan dan hal ehwal antarabangsa, jadi kita boleh lihat sendiri apa yang sedang berlaku di dunia sekeliling kita.

Setiap tahun Reuters membuat kompilasi tentang gambar-gambar mereka yang paling banyak mendapat sambutan di Instagram, di mana ia mempunyai 1.8 juta pengikut.

Tahun ini menyaksikan perlawanan World Cup, serangan angin taufan dan banjir di North Carolina, sebuah perkahwinan diraja, penghijrahan pendatang asing dan banyak lagi.

Di bawah ini adalah 33 daripada foto-foto yang menerima paling banyak “Like” di Instagram oleh pengikutnya:

Musim sejuk di Siberia mencecah suhu udara serendah -8.6 darjah Celcius.

Foto: Ilya Naymushin/Reuters

Berdekatan Dhaka, Bangladesh, sebuah keretapi penuh meninggalkan stesen Tongi selepas upacara sembahyang Bishwa Ijtema.

Foto: Mohammad Ponir Hossain/Reuters

Seekor musang berjalan melalui 10 Downing Street di London, iaitu ibu pejabat Kerajaan United Kingdom serta kediaman dan pejabat rasmi bagi perdana menteri Britain.

Foto: Hannah McKay/Reuters

Burung starling yang berhijrah dilihat berdekatan perkampungan Beit Kama di selatan Israel.

Foto: Amir Cohen/Reuters

Roger Federer menangis kegembiraan sambil memegang trofi setelah memenangi Australian Open di Melbourne.

Foto: Thomas Peter/Reuters

Pemain football Amerika, Philadelphia Eagles, Patrick Robinson, menyambut kemenangan di acara Super Bowl LII di Minneapolis, Minnesota.

Foto: Chris Wattie/Reuters

Seorang paderi muda membaling snowball di Saint Peter’s Square di Vatican ketika turunnya salji lebat.

Foto: Max Rossi/Reuters

Seorang kanak-kanak tertidur di dalam sebuah beg di timur Ghouta, Syria. Dijangkakan seramai 42,000 orang awam melarikan diri daripada rejim tentera negara tersebut di Damascus.

Foto: Omar Sanadiki/Reuters

Inilah rupa seekor tupai selepas menjalani pembedahan amputasi badan di Aydin University di Istanbul, Turkey.

Foto: Osman Orsal/Reuters

Rachele-Ngabausi, 2, telah dicederakan oleh askar ketika mereka menyerang kampung Tchee di timur Congo. Menurut saksi, askar telah membunuh ibunya yang mengandung serta adik-beradik lelakinya, dan memotong sebahagian daripada lengan kakaknya.

Foto: Goran Tomasevic/Reuters

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan ketua Korea Utara Kim Jong un berjabat tangan di perkampungan Panmunjom di zon bebas tentera. Inilah kali pertama seorang ketua Korea Utara menjejakkan kaki di Korea Selatan sejak tamatnya Korean War.

Foto: Korea Summit Press Pool/Pool via Reuters

Wanita-wanita berjalan melepasi kedai-kedai yang telah termusnah akibat letupan bom di Manbej, Aleppo, Syria.

Foto: Aboud Hamam/Reuters

Ahli demonstrasi wanita menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata yang ditembak oleh askar Israel ketika sebuah protes sedang berlangsung di sempadan Israel-Gaza. Di sinilah warga Palestin meminta hak untuk kembali ke tanah air mereka.

Foto: Ibraheem Abu Mustafa/Reuters

Putera Harry dan Meghan Markle meninggalkan St. George’s Chapel di istana Windsor selepas majlis perkahwinan mereka.

Foto: Jonathan Brady/Pool via Reuters

Presiden Donald Trump berjabat tangan dengan ketua Korea Utara Kim Jong Un di Pulau Sentosa, Singapore. Ia menandakan permulaan sebuah persidangan nuklear dan pertama kali ketua bagi kedua-dua negara ini berjumpa.

Foto: Jonathan Ernst/Reuters

Pemain bola Portugal, Cristiano Ronaldo memberi reaksi garang kepada pengadil Cesar Arturo Ramos di perlawanan menentang Uruguay untuk World Cup.

Foto: Toru Hanai/Reuters

Seorang balerina menonton penyiaran perlawanan quarter-final World Cup di antara Russia dan Croatia di Mikhailovsky Theatre di Saint Petersburg, Russia.

Foto: Anton Vaganov/Reuters

Ahli demonstrasi menerbangkan sebuah blimp yang berupa Donald Trump di Parliament Square ketika lawatannya dan Melania Trump ke London.

Foto: Peter Nicholls/Reuters

Seorang pelancong China mengambil gambar di ladang lavender di Valensole, Perancis. Ladang ini berada di dalam kondisi penanaman lavender yang baik (banyak cahaya matahari) dan mekar sepenuhnya pada bulan Julai.

Foto: Eric Gaillard/Reuters

Seorang ahli badan bukan kerajaan Proactiva Open Arms (yang berusaha untuk membantu pelarian sampai ke Eropah dengan bot) memeluk seorang pendatang asing dari Afrika di tengah Lautan Mediterranean.

Foto: Juan Medina/Reuters

Bulan penuh menerangi Temple of Poseidon sebelum gerhana bulan di Cape Sounion, berdekatan Athens, Greece.

Foto: Alkis Konstantinidis/Reuters

Seorang pengantin perempuan bergambar ketika gerhana bulan penuh berlaku di Brazil. Inilah gerhana bulan penuh paling lama yang dapat dilihat pada kurun ini.

Foto: Ueslei Marcelino/Reuters

Pelancong berjalan menerusi struktur tangan gergasi di Gold Bridge di bukit Ba Na di Danang, Vietnam.

Foto: Kham/Reuters

Morandi Bridge yang runtuh dilihat di bandar pelabuhan Genoa, Itali. Satu demi satu kesilapan kejuruteraan berlaku, lalu mengakibatkan jambatan itu runtuh dan meragut 43 nyawa.

Foto: Stefano Rellandini/Reuters

Seorang kanak-kanak perempuan bergambar sambil duduk di atas daun pokok teratai di Taipei, Taiwan. Ini adalah sebahagian daripada pameran teratai gergasi di Shuangxi Park

Foto: Tyrone Siu/Reuters

Askar-askar wanita berkawad di perarakan tentera sempena ulangtahun ke-70 bagi pengasasan Korea Utara di Pyongyang.

Foto: Danish Siddiqui/Reuters

Ahli sukarelawan Ryan Nichols dari Texas telah menyelamatkan anjing-anjing di North Carolina yang ditinggalkan dalam kandang oleh tuan mereka yang cabut lari ketika banjir akibat Hurricane Florence.

Foto: Jonathan Drake/Reuters

Pegawai polis di Chile berkawad dengan bakal anjing polis ketika di perarakan tentera tahunan di taman Bernardo O’Higgins di Santiago.

Foto: Rodrigo Garrido/Reuters

Sebuah pesawat dilihat melewati bulan penuh di belakangnya apabila ia mula mendarat di Heathrow Airport di London.

Foto: Toby Melville/Reuters

Seekor rusa menyalak pada awal pagi ketika musim mengawan di Richmond Park, London.

Foto: Toby Melville/Reuters

Tanda McDonald’s di Panama City Beach, Florida telah musnah akibat Hurricane Michael.

Foto: Jonathan Bachman/Reuters

Seorang lelaki Palestin bertekak dengan askar Israel ketika pertengkaran yang timbul apabila tentera Israel mengarah untuk menutup sebuah sekolah Palestin berdekatan dengan Nablus di Tebing Barat.

Foto: Mohamad Torokman/Reuters

Sebuah keluarga pendatang asing, salah satu daripada ribuan yang datang dari Amerika Tengah menuju ke Amerika Syarikat, berlari daripada gas pemedih mata di depan dinding sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico di Tijuana.

Foto: Kim Kyung-Hoon/Reuters

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Thu, 31 May 2018

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Kini masalah bau busuk kereta anda boleh diatasi dengan hanya menggunakan kopi sahaja!

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Menangi 1,000 telekung Siti Khadijah secara percuma

Peneraju fesyen telekung lancar laman sesawang mini dan produk baharu

Featured Mon, 13 Apr 2020

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Turut mempunyai pelbagai kebaikan lain

Gaya Hidup Wed, 26 Feb 2025
Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Malu Miss V Berbau? Atasi Dengan Tip Ini

Jika bau busuk semakin teruk, ia adalah satu tanda yang tidak baik dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

error: Content is protected !!