Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 26, 2018 @ 4:45am

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Letak Jawatan

Khazanah Nasional Bhd mengesahkan semua ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada menduduki kerusi lembaga pengarah syarikat.

Khazanah Nasional, dalam satu kenyataan, memaklumkan tawaran itu dibuat bagi membantu memudahkan peralihan yang teratur di bawah kerajaan baharu di bawah Pakatan Rakyat.

” Lembaga pengarah semasa berasa bertuah untuk berkhidmat, dan berasakan ia sesuai untuk menawarkan kerajaan baharu kebijaksanaan dan mengesahkan semula prerogatif untuk menubuhkan lembaga pengarah baharu.

“Kami akan keluarkan kenyataan sejurus perincian lanjut diperoleh,” menurut kenyataan itu.

Berikut ialah profil semua ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, yang menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada menduduki kerusi lembaga pengarah syarikat pelaburan kerajaan itu hari ini:

  1. Tan Sri Azman Mokhtar (Pengarah Urusan)

Tan Sri Azman Mokhtar ialah Pengarah Urusan Khazanah dan mempengerusikan serta menganggotai lembaga pengarah beberapa syarikat penerima pelaburan utama Khazanah. Beliau juga ialah pengasas bersama dan bekas Pengarah Urusan BinaFikir Sdn Bhd, mantan Pengarah dan Ketua Penyelidikan di Salomon Smith Barney dan Union Bank of Switzerland di Malaysia.

2) Tan Sri Md Nor Md Yusof (Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Tan Sri Md Nor ialah Pengerusi Malaysian Airlines Bhd, dan menduduki beberapa Lembaga Pengarah, termasuk Pelaburan Hartanah Bhd selain beberapa syarikat pelaburan utama. Beliau menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah dan sebelum ini merupakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Penasihat kepada Menteri Kewangan.

3) Tan Sri Mohamed Azman Yahya (Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Tan Sri Mohamed Azman ialah pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif Symphony Life Bhd. Beliau juga ialah ahli Lembaga Pengarah Ekuiti Nasional Bhd serta beberapa syarikat penerima pelaburan Khazanah. Sebelum ini beliau ialah Ketua Eksekutif Danaharta dan Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC).

4) Datuk Mohammed Azlan Hashim (Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Datuk Mohammed Azlan ialah Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat awam dan organisasi berkaitan kerajaan. Beliau ialah mantan Ketua Eksekutif Bumiputra Merchant Bankers Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Malaysia Bhd dan Pengerusi Eksekutif Bursa Malaysia Bhd.

5) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Raja Tan Sri Arshad ialah Pengerusi Maxis Bhd, Ekuiti Nasional Bhd dan Yayasan Raja Muda Selangor. Beliau sebelum ini ialah Pengerusi Eksekutif dan Rakan Kongsi Kanan PricewaterhouseCoopers Malaysia selama 18 tahun.

6) Tan Sri Andrew Sheng Len Tao (Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Tan Sri Andrew ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Khazanah Research Institute dan Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China. Jawatan kanan beliau sebelum ini termasuk Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Timbalan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong dan Ketua Pakar Ekonomi dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.

7) Datuk Seri Nazir Razak (Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Datuk Seri Nazir ialah Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) dan pemegang amanah Yayasan Rahah. Beliau ialah Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group antara November 2006 hingga Ogos 2014 selepas menyertai kumpulan perbankan itu pada tahun 1989.

8) Datuk Dr Nirmala Menon (Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Datuk Dr Nirmala ialah Naib Presiden Eksekutif, Ketua di bahagian pasaran khusus dan kesihatan Asia, MetLife Asia Pacific Ltd., yang mana beliau bertanggungjawab bagi operasi di Hong Kong, Australia, Malaysia, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Sebelum menyertai Metlife, beliau berkhidmat sebagai Ketua Asia Selatan di ING Asia Pacific Ltd. dan sebelum itu, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di ING Malaysia Bhd, sekali gus menjadi CEO wanita pertama dalam industri insurans hayat di Malaysia.

9) Yeo Kar Peng (Pengarah dan Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Yeo Kar Peng ialah Pengerusi/ Rakan Kongsi Urusan Kendall Court Capital Partners dan adalah salah seorang pengasasnya. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Cenviro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah. Sebelum memulakan Kendall Court, beliau ialah Pengarah Urusan Citigroup Global Markets. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penyelidikan di UBS dan WI Carr.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025

Kael Dedah Pernah Hidup ‘Terbuang’, Ibu Alami Masalah Mental & Sempat Tinggal Di Rumah Tumpangan

Kael gagal tahan sebak mengimbau kembali perjalan hidupnya sebelum bergelar anak seni.

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Mon, 26 Aug 2019

Safiey Ilias Nekad Buang Silikon Lagi?

Apapun, doakan yang terbaik!

Trending Tue, 23 Oct 2018

「猛毒卷线器」用长舌卷起你的充电线!

万众瞩目的反派英雄电影《猛毒》终于上映!至今仍然话题不断,而擅长设计创意小物的日本人也搭上这波​​风潮,推出「猛毒卷线器」,不似电影中骇人的模样,这款卷线器可爱又有创意。

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Trending Sun, 29 Oct 2023

Kreatif! Nak Elak Hijab Berkedut Selepas Selesai Gosok? Wanita Ini Kongsi Tips Buat Tempat Sangkut Tudung DIY

Lurveee ❤️❤️Sesuai sangat untuk yang suka gosok tudung banyak-banyak sekali harung!

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

“Kalau Arwah Ayah Dia Ada, Dah Kena Baling Kerusi” – Ina Naim Akui Tegur Hadie, Mohon Netizen Jangan Hukum

Hadie dikritik semakin berubah selepas sertai industri hiburan, Ina Naim bersuara

error: Content is protected !!