Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 28, 2021 @ 9:18pm

Aiman Hakim Ridza & Hannah Delisha Kembali Bergandingan Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Andai kata anda diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan dalam hubungan cinta yang lepas dan masih berpeluang untuk bersatu kembali, adakah anda akan bersetuju? Masihkah ada peluang untuk menebus kekecewaan dan kembali bahagia seperti dahulu?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri romantik 28 Hari Mencari Cinta gandingan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha menerusi slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3!

Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Ng Ken Kin dengan nukilan skrip oleh Anina Sahal, Marziah Manaf dan Norshyiella Annuar menampilkan barisan pelakon popular Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Ameerul Asyraf, Elly Arifin, Muaz Fitri, Khaty Azean, Aleza Shadan, Fiza Thomas dan ramai lagi.

Faisal (Aiman Hakim Ridza) memiliki podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya.

Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.

Saleha (Hannah Delisha) pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat. Saleha ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya.

Saleha bertunang dengan Danial (Ameerul Asyraf) atas kehendak Encik Rahmat. Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.

Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.

Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dalam tempoh 28 hari sahaja. Bagaimana pula dengan Airin yang menagihkan cinta daripada Faisal? Apakah bakal berlaku dengan hubungan Saleha dan tunangnya Danial? Adakah Faisal dan Saleha boleh kembali bahagia bersama?

Pastikan anda menyaksikan 28 Hari Mencari Cinta bermula 23 Disember 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Didi Astillah Tampil Jelaskan Isu Video ‘Prank’ Ibu, Mohon Netizen Jangan Kaitkan Keluarga – “Abang Syed Saddiq Okay Je, Tenang Semua…”

Didi turut memohon maaf sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] Suami Puji Bonda Rozita Bertenaga Macam Wanita Muda – “Umur Dah Tua Tapi Dalaman Sihat”

Suami akui tenaga Bonda Rozita luar biasa, tak padan dengan umur sebenar

Trending Thu, 30 Nov 2017

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol, Katanya Mangsa 16 tahun Lakukan Seks Atas Kerelaan

Featured Wed, 19 Mar 2025

Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Shila Amzah juga dilihat memuat naik foto meluangkan masa bersama ibu dan suaminya, Ubai MZ berbuka puasa.

Trending Tue, 24 Dec 2019

RM100,000 Could Be Fined If Caught Hawking Along The Traffic Lights, But This Shows How Bad Our Economy Is

If the root problem isn’t solved, treating its shoots won’t do the job.

Featured Wed, 15 Jan 2025

Neelofa Kongsi Tips Jodoh, Netizen Sempat Mengusik: “Patut Bagi LMK Juga”

Noor Neelofa Mohd Noor mencuri tumpuan selepas diminta peminat untuk berkongsi tips mencari jodoh.

Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

error: Content is protected !!