Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2025 @ 7:23pm

Aisha Retno Bagi ‘Clue’ Judul Lagu Raya Terbaharu Siti Nurhaliza

Penyanyi berbakat, Aisha Retno berkongsi kenapa dia memilih Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu raya ciptaannya.

Kata Aisha, dia tidak merancang untuk mengeluarkan atau melancarkan lagu raya pada tahun ini dek kerana mahu memberikan fokus terhadap lagu Ketipak Ketipung nyanyian bersama Aziz Harun.

Bagaimanapun, memandangkan ramai yang bertanya mengenai lagu raya tersebut, Aisha kemudian mencipta dan menulis lagu tersebut hanya sekadar untuk ‘backup’ sahaja.

“Mahu cerita sebenarnya lagu ni orang request Aisha untuk lagu raya tahun ni.

“Tapi Aisha plan tahun ni memang tak ada lagu. Sebab nak fokus lagu raya Ketipak Ketipung sahaja dulu.

“Lagipun raya kan orang masih nak dengar, masih sayang lagi lagu tu.

“Tapi Aisha buat sahaja untuk backup,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha menjelaskan lagu ciptaannya itu juga sudah seminggu siap sebelum diminta oleh pasukan Siti Nurhaliza.

“Sebenarnya lagu tu sudah seminggu siap sebelum team Siti request tanya ‘ada tak lagu raya nak sangat Aisha tulis untuk TokTi’,” jelasnya.

Berkongsi mengenai judul lagu raya terbaharu Siti, Aisha memaklumkan tajuk sebenar lagu berkenaan masih belum boleh dikongsikan kepada umum.

“Okay lah hint untuk judul lagu raya terbaharu ni masih tak boleh reveal lagi.

“Tapi ada empat patah perkataan yang pasti ada perkataan ‘Ada’, ‘Nak’ dan ‘Raya’,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai ‘vibes’ lagu raya tersebut, pelantun lagu Whut ini menjelaskan sebagai seorang pencipta lagu, dia selalu menerapkan ‘mood’ bahagia dan gembira.

“Macam saya selalu ikonikkan dengan mood bahagia dan gembira. TokTi juga teruja.

“Lagu ni inshaa-Allah akan release pada minggu kedua bulan puasa. Nanti boleh ready berdendang,” kongsinya.

Terdahulu, video perkongsian Siti tular di TikTok selepas memaklumkan beliau bakal kembali dengan lagu raya terbaharunya.

Malah, Siti juga turut memuji Aisha sebagai anak muda yang hebat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Aug 2020

Neelofa Sah Letak Jawatan Sebagai Pengarah Air Asia

Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di Air Asia. Menerusi maklumat daripada Bursa Malaysia, Air Asia menerima notis perletakan jawatan pada 17 Ogos lalu. […]

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Sun, 12 Apr 2020
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Bekas Pengacara Popular TV3 Ini Jalani Pembedahan?

Nak tahu siapa agaknya bekas pengacara TV3 ini yang terpaksa jalani pembedahan? Kenalah baca artikel ini ya!

Featured Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Gegendang Telinga Cedera, Haqiem Rusli Minta Peminat Doakan Yang Terbaik Untuk Famili Duo!

Moga cepat sembuh Haqiem! Buat yang terbaik tau malam ni🫶🏻✨✨

error: Content is protected !!