Hiburan By: SGMS Faida November 13, 2019 @ 2:44pm

Marina Mahathir Kurang Setuju Idea Pembikinan Filem Bapa?

Baru-baru ini, sebuah sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khad dilaporkan bakal memulakan penggambaran, tidak lama lagi.

Rata-rata ramai sudah tidak sabar untuk menonton perjalanan kisah hidup Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan diangkat ke layar lebar pada tahun depan.

Namun begitu, menerusi laman Twitter milik anak kepada Perdana Menteri, Marina Mahathir dilihat kurang bersetuju dengan idea berkenaan.

Dalam tweet berkenaan, beliau menyifatkan sebarang idea melibatkan keluarganya untuk diangkat menjadi filem sebagai sesuatu yang ‘memalukan’.

“Tetapi jika ia diteruskan, jangan biarkan kami pergi menontonnya,” tulisnya ringkas.

Dalam sebuah tweet berbeza, salah seorang pengikutnya bertanya sama ada pihak produksi mendapatkan kebenaran untuk mengangkat kisah bapanya dijadikan sebuah filem.

“Tiada, mereka tidak. Saya hanya bercakap kerana kami tidak menyokongnya termasuklah projek sebelum ini,” komennya ringkas. 

Diterbitkan oleh Reliance Media Group Sdn Bhd, naskhah terbabit berbeza daripada filem tayangan 2015 yang turut menampilkan pemimpin berkenaan dalam beberapa babak.

Difahamkan, filem ini akan menjalani penggambaran di sekitar Putrajaya, Kedah dan Kelantan, malah pasukan produksi akan turut terbang ke Hiroshima, Jepun pada awal tahun 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Lepas Buka Pasaraya, Rosyam Nor Keluar Produk Jus Belanda

Adraa bukan produk antikanser. Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan anti kanser. Jangan salah anggap pula ya!

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Wed, 28 Dec 2022

“Tak Sekolah Pun Pandai” – Lucunya Gelagat Jebat Jayden Beri Alasan Kepada Sharnaaz Ahmad!

Umum mengetahui, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan […]

Fab Foodies! Mon, 22 Apr 2019

The Nasi Lemak Fiesta is BACK in IKEA Malaysia for a Limited Time Only!

It’s for a super limited amount of time so don’t miss out.