Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 11, 2023 @ 2:14pm

AJL 37: 2 Minggu Dijangkiti Influenza Sehingga Batuk Berdarah, Shiha Zikir Harap Dapat Puaskan Penonton

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37), Shiha Zikir mendedahkan dia mengalami jangkitan oleh virus Influenza selama dua minggu sehingga kini.

Shiha ditemui XTRA, berkata, keadaan bertambah teruk apabila dia turut mengalami batuk berdarah sehingga sukar memberikan tumpuan pada persiapan AJL 37 yang bakal berlangsung esok malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Dua minggu saya alami Influenza, demam teruk serta batuk. Saya dah pergi 3 klinik tapi batuk masih belum baik, batuk sampai keluar darah.

“Semalam adalah yang paling teruk. Saya terfikir macam mana nak buat persembahan Ahad ini sehingga saya tak boleh tidur.

“Akhirnya saya ada jumpa pakar telinga, hidung & tekak (ENT) dan dia beri saya ubat untuk bertahan untuk 5 hari agar saya boleh menyanyi, tapi sekarang Shiha tak berani lagi nak berikan sepenuhnya dalam persembahan ketika latihan,” kongsinya.

Bakal membawakan lagu Irama pada malam penuh berprestij itu, Shiha mengakui timbul sedikit kekecewaan dalam dirinya kerana diuji dengan masalah kesihatan.

“Saya agak kecewa sebab rasa macam tak boleh beri komitmen penuh tapi nasib team saya faham saya tak sihat.

“Saya buat latihan menari sendirian dan bersama penari hanya sekali. Saya harap berjalan dengan lancar nanti,” ujarnya.

Tidak patah semangat, Shiha berharap dia akan mempamerkan persembahan yang baik selain dapat menghiburkan penonton.

“Saya harap pada malam tersebut, saya boleh sampaikan apa yang saya dah rancang, itu yang paling penting sebab bila saya dapat sampaikan rancangan saya penonton akan rasa puas lagi-lagi orang mengundi lagu ini,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Shiha Zikir Tak Kisah Buat Pelaburan Besar, Janjikan Kepuasan Dalam Persembahan

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’

Melalui konsep “Subscribe & Redeem”, kempen ini bukan sahaja menggalakkan langganan baharu dan pembaharuan pelan tontonan, malah memberikan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Trending Wed, 18 Apr 2018

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah.

error: Content is protected !!