Hiburan By: Del14 January 17, 2020 @ 7:00pm

Noor Nabila Akan Besarkan Jebat Jayden Dengan Sharnaaz Walaupun…

Noor Nabila menafikan dakwaan sesetengah pihak yang dia menghalang suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad daripada bertemu anak mereka, Jebat Jayden, yang menyambut harijadinya yang pertama pada 30 Ogos lalu. 

Kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa itu juga berkata walaupun perkahwinan mereka akan berakhir dengan penceraian, dia tidak pernah terlintas untuk memutuskan hubungan bapa dan anak antara Sharnaaz dan Jebat.

Malah, dia berharap mereka dapat menjaga anak mereka dengan baik walaupun tidak lagi bergelar suami isteri selepas ini. 

“Saya tak pernah halang atau sekat dia untuk jumpa anak.  Walaupun ramai yang memfitnah cakap saya tak bagi jumpa anak, saya tidak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.  InshaAllah saya akan terus besarkan anak bersama,”kata Nabila kepada Harian Metro. 

Tambah Nabila, sudah tentu sebagai ibu, dia mahu berikan perhatian dan kasih sayang yang terbaik buat anak tunggalnya, Jebat.

“Sebagai ibu sudah tentu kita akan memberi lebih perhatian kepada anak dari segi keperluan dan penjagaan yang baik.  Itu memang menjadi keutamaan saya, tetapi ia tidak bermakna saya perlu ketepikan Sharnaaz dalam hal itu,” katanya lagi. 

Baru-baru ini Noor Nabila meluahkan rasa kesal apabila Sharnaaz seperti sengaja melambat-lambatkan prosiding penceraian mereka dengan enggan melafazkan cerai walaupun kedua-duanya sudah meneruskan hidup tanpa kehadiran diri masing-masing di sisi. 

Baca: “Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Sebelum ini Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 tahun lalu untuk mendapatkan hak jagaan sementara anak mereka Jebat dan menentukan hak lawatan Sharnaaz terhadap anak mereka. 

Kredit Foto: Instagram @noornabila

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Zara Zya Mahu Lagi…

Hebatlah ‘Inchess’ ni, cayalah!

Featured Sat, 26 Nov 2022

Didakwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kecewa & Bertekad Tidak Berkongsi Perkembangan Nad Zainal

Hmmm, sedih pula bila niat baik disalah erti 😓 Apapun, semoga yang terbaik saja untuk Nad & Ungku ❤️

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Zen俊倩首创作单曲献已逝挚友!过度感触录音被迫中断

Zen俊倩首推创作单曲《早一点知道》作品献已逝挚友,过度感触录音被迫中断!

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Mon, 12 Aug 2019

Dakwaan Pinjam Duit…Ini Komen ‘Ibu’!

Ish siapa punya kerja lah ni!