Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal July 5, 2019 @ 11:56am

Akaun Instagram Disekat Kerana Toy Story 4?

Menonton filem terbaru di dalam panggung wayang dipercayai lebih menyeronokkan berikutan saiz skrin yang besar dan sistem bunyi yang bermutu tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan masyarakat seluruh dunia berpusu-pusu ke panggung wayang setelah sesuatu filem baru ditayangkan.

Namun, panggung wayang mempunyai beberapa larangan seperti membawa makanan dari luar dan juga penggunaan segala bentuk kamera dengan tujuan menangkap gambar atau membuat rakaman. Berikutan itu, anda berisiko dikenakan denda sekiranya melanggar larangan tersebut.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita tempatan yang dikenakan tindakan sekatan ke atas akaun Instagram miliknya setelah memuat naik sedikit sedutan filem terbaru, Toy Story 4 di ruangan ‘Insta Story’.

Menurutnya, dia cuma berkongsikan beberapa saat sedutan dari filem tersebut dan menganggap sebagai satu perkara yang biasa. Namun, setelah beberapa hari, dia diberikan notis bahawa akaun miliknya telah disekat sementara dalam tempoh tiga hari.

Akaun Instagram saya disekat oleh Instagram. Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada rakan-rakan supaya tidak mengulangi perbuatan saya yang dengan gembiranya memuat naik sedutan filem di Insta Story ketika menonton filem di panggung wayang.

Jika ingkar, anda akan disekat. Saya sangat terkejut kerana saya hanya mengesan beberapa saat sedutan filem Toy Story 4, dan kemudian mendapat e-mel pada waktu pagi yang mengatakan saya telah melanggar hak cipta Disney.

Dia yang terkejut dengan sekatan tersebut tidak menyangka bahawa pihak Disney melihat ‘Insta Story’ yang dimuat naik olehnya. Walaupun mengakui sesal akan perbuatannya, namun wanita ini tidak mempunyai dendam malah menasihatkan agar rakan-rakan serta pengikutnya di laman sosial tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Tindakan ke atas wanita berkenaan sebenarnya telah diambil oleh The Digital Millennium Copyright Act (DMCA) yang berperanan untuk mengesan pelanggaran hak cipta seperti yang berlaku ini. Selain kes wanita tersebut, terdapat juga kes lain yang menyebabkan sesebuah akaun di laman sosial disekat kerana melanggar hak cipta.

Sumber: Mothership

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Nov 2018

铲屎官注意!英团队推自动猫砂清理机Footloose

目前全球约有6亿只家猫,说这是「猫奴」世代也不为过。但猫主人都知道清理猫砂盘很费时,针对这个问题,英国新创团队研发出「 智慧猫砂盒—Footloose」,人们只需定时补充猫砂和丢弃底部的垃圾袋即可。

TECH Mon, 16 Jul 2018

Video: IPhone Masih Berfungsi Dengan Baik Walaupun Terjatuh Daripada Kapal Terbang

Semua orang tahu iPhone keluaran Apple bukanlah peranti yang tahan lasak, lebih-lebih lagi jika terjatuh dari tempat yang tinggi. Kadangkala, walaupun sudah disarungkan dengan pelindung, iPhone masih juga retak atau gagal berfungsi dengan baik sekiranya terjatuh atau […]

TECH Sun, 18 Feb 2018

Tips Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?

Automobile Wed, 18 Jul 2018

Bagaimana Cepat Padam Fail Duplicate pada Android

Aplikasi ini akan memudahkan kami untuk mengenal pasti imej, audio, fail video untuk menduplikat dokumen dan kemudian memadamkannya dari telefon pintar Android kami.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Ikuti Langkah Berikut Dan Rebut Peluang Untuk Dapatkan Asus ZenFone 5 Pada Harga RM1

Bagi anda yang terlepas menyaksikan penstriman secara langsung di Facebook Lazada tempoh hari, platform jualan beli-belah dalam talian itu ada mengadakan tawaran menarik, “RM1 Frenzy” bersama Asus. Anda mahu rebut peluang memiliki peranti ZenPower Slim atau ZenFone Max Pro atau Zenfone […]

TECH Tue, 10 Jul 2018

Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

CEO Tesla dan SpaceX yang sebelum ini mengarahkan kakitangan syarikat Boring miliknya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sepasukan bola sepak Thailand, Wild Boars dan jurulatih mereka. Sebelum itu, 12 orang dan seorang jurulatih pasukan […]

TECH Tue, 8 Oct 2019

手机的电量多少最合适?

你知道手机电量维持在百分之多少最合适吗?能不能整夜充电?要不要每次用到关机「彻底放电」再充电?

TECH Fri, 30 Nov 2018

Nikmati Audio Berkualiti dengan Pilihan 5 Speaker Terbaik di Malaysia

Adakah anda inginkan speaker yang berkualiti?Ketahui speaker yang anda inginkan disini.

Automobile Fri, 7 Feb 2020
TECH Mon, 19 Mar 2018

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

error: Content is protected !!