Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 11, 2019 @ 6:00am

Akhirnya Megat Tamatkan Zaman Bujang Bersama Suri Pilihan Hati

Peserta yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti nyanyian Mentor 7 iaitu Megat Adzuan Mazlan atau Megat selamat menjadi suami kepada Nurul Bania Bahari, yang merupakan pensyarah di sebuah kolej swasta pada Sabtu lalu. Majlis yang berlangsung di kampung halaman kedua mempelai ini turut diserikan dengan adat-adat tradisi bugis yang popular di negeri Tawau, Sabah itu.

Majlis Mapacci dalam adat bugis atau dikenali sebagai malam berinai dilakukan sehari sebelum majlis pernikahan bermula. Majlis ini akan diadakan oleh pihak perempuan dimana sanak saudara atau rakan terdekat kedua-dua pasangan akan turut sama memeriahkan malam Mapacci tersebut. Manakala, bagi pihak lelaki pula, acara berbedak turut dilakukan.

 
 
 
View this post on Instagram

Alhamdulillah! ❤️?? #megatxbunny #tawau . Outfit: @weddinggaloresdnbhd

A post shared by Megat Adzuan (@megatgram) on

Menurut Megat, 25, sebelum mengikuti program Mentor 7 beliau telahpun mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hatinya itu pada 19 Jun tahun lalu.

” Kami bernikah pada sebelah pagi, dan seterusnya majlis persandingan seperti kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat Tawau”

” Kami sengaja mengadakan majlis perkahwinan pada 4 syawal ini untuk mengambil berkat bulan mulia sekaligus menjadi ‘open house’ untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.” Katanya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Megat Adzuan (@megatgram) on

Tidak ralat sama sekali  menamatkan zaman bujang ketika namanya mula bertapak dalam industri seni tanah air, Megat bagaimanapun berpegang pada prinsip selagi berusaha, rezeki pasti ada. Malah, keputusan untuk mendirikan rumahtangga ini telahpun dipersetujui oleh kedua belah pihak sebelum beliau mula berjinak-jinak dalam industri seni lagi.

” Semua persediaan telahpun dirancang sebelum menyertai Mentor 7 lagi dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar.” Tambahnya.

Hurm, patutlah sebaik sahaja pulang ke kampung halaman pada 20 Julai lalu, Megat kelihatannya sering mengadakan busking di bazar ramadan pusat bandar Sabindo dan Akustik Ramadan bagi kutipan amal rumah anak-anak yatim Ar-Raudhoh, Tawau.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Megat Adzuan (@megatgram) on

Apapun, kami di Xtra ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Megat dan Pasangannya. Semoga kekal bahagia sehingga ke syurga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘ Skrip Kami ‘Bantai’ Saja’- Shiha Zikir Terkejut Persembahan di BBB 2019 Terima Maklum Balas Positif

Korang tengok tak persembahan Shiha dengan Sharif di Bintang Bersama Bintang malam tadi. ‘Crack’ habis Shiha!

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Amin!

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Watak Syed Hamadi Lebih Popular, Apa Komen Amyra Rosli?

Betul ke watak Madi lebih ditunggu-tunggu?

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

error: Content is protected !!