Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 1, 2018 @ 1:51pm

Aksesori Tip Top For Hijabista

Peranan aksesori untuk hijabista tidak mampu disangkal lagi. Fungsi dan fesyen bergabung satu menjadikan item fesyen ini keperluan untuk hijabista melaram dan menggayakan stail terkini. Ini antara aksesori yang wajib ada bagi seorang hijabista:

1. Stokin Tangan

Tuntutan untuk menutup aurat harus diambil berat sepanjang masa. Memakai top dengan lengan pendek luas akan mendedahkan bahagian lengan, untuk itu, terima kasih untuk stokin tangan. Untuk selamat, pilih stokin lengan dengan rekaan minimal, warna bumi dengan fabrik menyerap peluh.

2. Ninja inner

Fesyen ikatan tudung yang pelbagai memerlukan ninja inner yang menutupi bahagian leher seolah ninja, sekali lagi untuk menjaga aurat kelihatan. Rona nude, hitam dan gelap boleh jadi pilihan. Sesekali mahu sesuatu yang fun, gayakan tudung dengan inner kontra.

3. Kardigan Kimono

Seolah pertembungan dua citra berbeza Jepun dan Timur Tengah, kardigan kimono wajar menjadi item wajib dalam wardrobemu. Seleksi kasual terus ditransformasi menjadi sopan dan modest kala menyarung kimono kardigan. Material broket jadi pilihan mereka yang bold dan berani!

4. Anting-anting

Yes! Walaupun bahagian telinga tidak kelihatan dilitupi hijab, siapa kata anda tidak boleh mengenakannya? Sangkutkan sahaja di lipatan hijab menggantikan kerongsang. Dangling pompom ear-rings pula adalah item paling intrend kala ini.

5. Crown atau rantai

Fungsi crown yang menjadi aksesori membawa look ala princess sudah lama menjadi pilihan ratu sehari di hari bahagia. Namun hari ini, tidak hanya akad nikah, crown atau rantai juga teraplikasi untuk pemakaian seharian, cuma pilihlah rekaan ringkas dan tidak terlalu sarat.

Sumber: Aplikasi Wanita – Dengan kerjasama, Hairul Nizam Amran, Senior Fashion Stylish, Creative Department, Media Prima Berhad

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fikir Dulu Sebelum Beli Alat Makeup Tiruan, Memanglah Murah Tapi Jijik!

Memanglah harga barangan tiruan murah, tapi pernah tak anda terfikir kenapa?

Featured Mon, 20 Apr 2020
Oh Lawa Sat, 19 May 2018

Bergaya Sakan Di Pagi Raya Dengan Koleksi Hijab Daripada Galeri Ariani. Gerenti Nampak Cantik & Ayu!

Nak beli hijab yang cantik untuk hari raya nanti? Berkunjunglah ke Galeri Ariani!

Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018
Featured Thu, 26 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 30 Apr 2018

8 Tip Penggayaan Untuk Nampak Lebih Langsing Dan Tak Gelebeh

Pilik pakaian yang sesuai supaya badan anda nampak fit.

Featured Wed, 15 Aug 2018

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Oh Lawa Mon, 20 Aug 2018

Majalah Vogue Sekat Pembabitan Model Bawah 18 Tahun Menghiasi Majalah Itu

Majalah fesyen paling berpengaruh di dunia, Vogue mengumumkan tiada lagi pembabitan model di bawah umur 18 tahun.

Oh Lawa Thu, 19 Dec 2019

Bosan dengan pakaian dalam gerobok? Jom intai fesyen yang ‘in’ untuk 2020

Improvisasi gaya klasik kepada moden, vibrant dan powerful!

error: Content is protected !!