Euforia Bola 2026
Figura By: Fatin Nurain September 4, 2023 @ 3:55pm

Aksi Yang Di-Pertuan Agong Menyanyi Di Majlis Pelancaran Kembara Borneo Raih Perhatian

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tampil menangkap perhatian warganet selepas melihat aksi baginda menyanyi ketika di Majlis Pelancaran Kembara Borneo, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, baginda telah berkenan untuk menyampaikan lagu Butakah Cinta nyanyian asal kumpulan Spring di hadapan rakyat.

Dalam perkongsian tersebut, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menemani baginda ketika berada di pentasa bersama puteri-puteri kesayangan mereka.

@gingerphoongHad a great night with YDP Agong 👑♬ original sound – Phoong Jin Zhe

Teruja melihat aksi spontan dan bersahaja mereka. perkongsian yang tular itu turut meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada juga yang memuji kesantunan kedua-dua baginda diraja dalam menghiburkan hati rakyatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

error: Content is protected !!