Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin February 27, 2025 @ 10:03pm

Alif Satar Curang? Bukan Sekadar Lafaz 2 Sarat Dengan Konflik & Emosi

Drama popular yang sarat dengan emosi ‘Bukan Sekadar Lafaz’ kembali dengan musim kedua di Slot Akasia TV3.

Selepas kejayaan musim pertama, musim terbaru ini menjanjikan lebih banyak konflik dan dilema yang menguji keteguhan sesebuah perkahwinan.

Diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records, drama bersiri 28 episod ini menampilkan kembali barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Isyariana, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Zac Zaky, Mia Nasir dan ramai lagi.

Kali ini, Bukan Sekadar Lafaz 2 membawa penonton menyelami konflik mendalam dalam kehidupan pasangan utama, Hud (Alif Satar) dan Syikin (Wanna Ali), yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga menggugat kepercayaan mereka terhadap satu sama lain.

Drama rantaian Bukan Sekadar Lafaz 2 yang mula ditayangkan pada  27 Februari 2025, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 malam di TV3 ini juga boleh ditonton secara dalam talian dan juga boleh distrim di iQIYI pada jam 8.00 malam secara percuma.

Dugaan Besar dalam Perkahwinan Hud & Syikin

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, impian Hud dan Syikin untuk menimang cahaya mata masih belum tercapai.

Kegagalan dalam rawatan IVF membuatkan Syikin nekad untuk mengambil anak angkat, Cempaka, bagi melengkapkan keluarga mereka.

Namun, kebahagiaan mereka mula goyah dengan kehadiran Aira (Isyariana), seorang peguam yang banyak membantu Hud dalam perniagaan.

Kesibukan Syikin menguruskan Cempaka membuatkan Hud berasa tersisih, lalu membuka ruang kepada salah faham yang semakin memporak-perandakan hubungan mereka.

Wanna Ali Akui Cabaran Musim Kedua

Wanna Ali, yang kembali sebagai Syikin, turut berkongsi pengalaman membawa watak ini sekali lagi.

Katanya, penghayatan dari segi emosi adalah cabaran utama kerana ia lebih dekat dengan realii kehidupan masyarakat kini.

“Kali ini, perjalanan Syikin lebih mencabar kerana dia berdepan dengan situasi yang lebih berat.

“Sebagai pelakon, saya benar-benar menghayati emosi yang kompleks dalam watak ini.

“Saya yakin ramai yang boleh mengaitkan diri mereka dengan kisah ini kerana ia menggambarkan realiti sebenar kehidupan suami isteri,” ulasnya.

Strim di iQIYI untuk Pengalaman Lebih Awal!

Penonton boleh menikmati Bukan Sekadar Lafaz 2 lebih awal dengan akses eksklusif di iQIYI:

1.  iQIYI VIP: Strim episod terbaru tepat jam 8.00 malam pada hari yang sama.
2.  iQIYI PERCUMA: Tonton episod baharu 48 jam selepas tayangan di TV3.

Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store sekarang untuk pengalaman tontonan tanpa gangguan!

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti media sosial rasmi TV3:
1. Facebook, Twitter, YouTube & Instagram: @TV3Malaysia
2. Instagram rasmi Drama Sangat: @dramasangat

Jangan lepaskan peluang menyaksikan konflik mendebarkan antara Hud, Syikin dan Aira dalam Bukan Sekadar Lafaz 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Isteri Menanti Hari Nak Bersalin, Sufian Suhaimi Sedia Mental Jadi Bapa

Sufian mengakui masih berasa berdebar memandangkan pengalaman pertama bergelar bapa bukan sesuatu yang mudah

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Mon, 21 Apr 2025

Simbol Kebebasan & Sindiran Tajam, Diana Danielle Bangkit Dengan Single ‘Raja Dusta’… Cerita Soal Hubungan Toksik

Lagu ini mewakili ‘suara’ kepada wanita dan lelaki terpalit dengan hubungan toksik.

Hiburan Wed, 30 Oct 2024
Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Hyolyn is Coming to Kuala Lumpur for a Meet & Greet Session in April

Best part is, you could even win a trip to California or a chance to party with Hyolyn!

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

ZIZAN RAZAK BAKAL TEMBUSI PASARAN INDONESIA, BERLAKON DENGAN RAFFI AHMAD

Bakal bergandingan dengan suami kepada pelakon Nagita Slavina, Zizan dijangka memulakan penggambaran tak lama lagi. Tahniah Zizan!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Mahu Ubah Selera, Shiha Zikir Pilih Dangdut Berbanding Balada

Asyik bawa lagu balada, Shiha Zikir mahu kelainan dalam karier. Tunggu kejutan daripada Shiha bermula Januari depan!

error: Content is protected !!