Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 15, 2024 @ 12:30pm

Alyph Kecewa Isu Sentimen Babitkan Dua Negara Masih Jadi Bahan Debat Netizen – “Saya Ingat Kita Dah Maju”

Penyanyi rap, Alyph meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu yang memainkan sentimen kenegaraan membabitkan Malaysia dan negara kelahirannya, Singapura.

Bercakap kepada XTRA, Alyph atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdullah, 33, berkata, dia sudah menganggap Malaysia seperti negaranya sendiri, malah karya dihasilkan terbuka untuk didengari oleh masyarakat dari pelbagai negara.

“Mungkin pertama kali saya datang sini saya rasa sebagai orang luar. Tapi masa itu saya belasan tahun dan ramai kawan di sini. Saya pernah menumpang di rumah keluarga mereka, mereka juga datang ke Singapura dan duduk dengan saya.

“Lama-kelamaan saya tak rasa seperti berada ni negara luar. Tahun ini sudah 2024, saya ingat kita semua sudah maju dan tak ada konsep ini lagi (sentimen dua negara), tapi nampaknya masih ada yang hendak membangkitkan sentimen ini lagi.

“Pendirian saya adalah muzik saya tiada pasport dan bukan warganegara mana-mana. Jadi apa-apa yang terjadi kepada orang yang bukan keluarga saya, bukan hal saya,” katanya kepada pemberita.

Alyph ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dari Jauh di pejabat Universal Music Malaysia pada Selasa.

Dalam pada itu, pelantun lagu hits Swipe itu menambah, setiap orang perlu menjaga nama baik diri dan keluarga sebelum bercakap mengenai isu kenegaraan.

“Kita kena jaga diri dengan baik, saya fikir hendak jaga nama negara itu perlu bermula dengan diri sendiri dulu. Pastikan mak ayah kita baik-baik sahaja dan tak ada pergaduhan dengan orang lain.

“Beban itu tak perlu kita angkut, kita pastikan diri kita terjaga dengan sebaik mungkin,” katanya.

Alyph turut mengakui dia berasa takut menggunakan media sosial kerana kebanyakan pengguna tidak menghiraukan sensitiviti orang lain.

“Saya melihat sosial media ketika ini sangat seram, saya macam takut kepada orang. Bukanlah takut sampai saya menyorok, tapi saya susah hendak percaya orang terutama kalau namoak komen-komen negatif.

“Kalau itu pilihan kalian, maka itu pendapat kalian. Pucuk pangkalnya, ada pelbagai jenis orang dalam dunia ini. Jadi, penat hendak fikirkan masalah dan memahami situasi mereka pula.

“Saya terima yang ada macam-macam manusia dalam dunia ini,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai isu yang membabitkan dua negara antara Malaysia dan Singapura susulan kontroversi melibatkan aktor kontroversi, Aliff Aziz.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 May 2025
Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tahniah! Dayang Nurfaizah Dan Hael Husaini

Lagu Haram nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini nampaknya memang mendapat tempat di hati pendengar di Malaysia kan?

Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023

ILYS Akhirnya Ditayangkan Di Slot Akasia TV3, Haidar Hasanudin Gementar Tunggu Reaksi Penonton

Selain Haidar Hasanudin, ILYS menampilkan lakonan MK K-Clique & Ezzanie Jasny.

Featured Tue, 11 Mar 2025

“Setiap Hari Kami Baca 50 Muka Surat” – Nora Danish Khatam Al-Quran Dalam Masa 10 Hari

“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini”- Nora

error: Content is protected !!