Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2025 @ 7:30pm

Biarpun Sering Jadi Pilihan Jenama Antarabangsa, Amelia Henderson Tetap Bangga Sokong Produk Tempatan – “Berkualiti, Bergaya & Berpatutan!”

Walaupun sering menjadi wajah pilihan jenama antarabangsa, pelakon dan pengacara jelita Amelia Henderson tetap meletakkan jenama tempatan di tempat yang istimewa di hatinya.

Bagi Amelia, produk tempatan kini semakin berkembang dan mampu menyaingi jenama luar dari segi kualiti serta gaya, malah lebih berpatutan dan mudah dimiliki oleh semua.

Atas sebab itu, Amelia bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan Dr. Cardin, yang sudah lebih tiga dekad membina nama dalam industri.

Kolaborasi itu turut menampilkan selebriti lain seperti Nadhir Nassar, Bella Astillah dan Syed Saddiq menerusi pertunjukan fesyen secara langsung di TikTok dengan konsep unik ‘Kedai Runcit’ pada Selasa lalu.

Sebagai pengacara utama, Amelia mengendalikan siaran langsung selama lebih tiga jam dengan penuh tenaga dan gaya tersendiri.

“Saya anak Malaysia, jadi saya memang akan sokong jenama buatan Malaysia. Saya suka cara jenama ini sentiasa tampil dengan idea baharu setiap kali melancarkan koleksi baru. Konsep Kedai Runcit kali ini memang sangat kreatif dan dekat dengan identiti Malaysia,” katanya.

Tambah Amelia, kasut sneakers terbaharu daripada jenama itu antara yang paling menarik perhatiannya kerana memberikan keselesaan luar biasa ketika bekerja.

“Bayangkan saya berdiri dan bergerak ke sana sini selama berjam-jam, tapi tetap selesa. Kalau kasut tak selesa, memang susah nak kekalkan ‘mood’ ketika bekerja,” jelasnya.

Dr Cardin buat pertama kalinya menganjurkan pertunjukan fesyen secara live streaming bagi mempersembahkan koleksi terkini mereka yang disiarkan dalam aplikasi TikTok.

Selain Amelia yang hadir sebagai hos, acara ini turut menampilkan bintang kempen koleksi terbaru mereka iaitu Nadhir Nasar dan Bella Astillah.

Bella tidak keseorangan kerana dia turut ditemani oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang sama-sama turun padang bagi mempromosikan koleksi terbaru jenama terbabit.

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, sebagai legasi seterusnya yang mengambil alih perniagaan keluarga, beliau terpanggil untuk mengembalikan semula nostalgia zaman kanak-kanaknya dengan membawa konsep Kedai Runcit untuk acara kali ini.

“Biarpun sejak tahun lalu Dr Cardin menjenamakan semula rekaan kami kepada rekaan yang lebih terkini pengikut peredaran fesyen semasa, tetapi kami juga ingin menerapkan nilai autentik Dr Cardin yang telah wujud sejak lebih 35 tahun lalu.

“Antara koleksi baharu yang diperkenalkan ialah The Origin Heritage Sneakers Denim Series, diinspirasikan daripada syiling RM1 klasik yang menjadi simbol kenangan masa lalu. Turut diperkenalkan ialah Drift Ballet Sneakers dengan saiz lebih lebar dan tapak empuk untuk keselesaan optimum, serta Drift Sneakers berkonsep uniseks dengan pelbagai pilihan warna.

“Kami juga memperkenalkan dua koleksi beg baharu, Era Bag dan Dome Bag, yang sesuai digayakan untuk aktiviti harian. Keseluruhan koleksi ini kini boleh didapati di akaun TikTok dan Shopee rasmi Dr Cardin,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Al- Fatihah! Pakar Dodol Pelik Dodolnya Hangus, Rupanya Petanda…

Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Featured Wed, 7 Jul 2021

Sistem Kesihatan Di 4 Negeri Ini Akan Lumpuh Jika…

Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat […]

Drama Tue, 11 Mar 2025

Berjaya Expose Sisi Gelap Kehidupan, Netizen Puji Karya Erma Fatima – “Seram Tengok! Tapi Buat Kita Sedar”

Kata Erma drama Keluarga Itu dibuat berdasarkan realiti kehidupan sebenar yang berlaku di luar sana.

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Nur 2 Bukan Untuk Kanak-Kanak, Pengarah Respon Teguran Warganet

Jangan lupa saksikan jam 10 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my, agaknya apa lagi si Madi nak buat malam ni eh?

Trending Wed, 29 Jul 2020
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

Siapa punya kerja agaknya ni eh edit-edit gambar mengarut?

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Zarina Zainoordin Bengang Asyik Ditanya Soalan Kahwin

Ish, netizen yang suka menyibuk hal orang lain…next time jangan tanya soalan sama lagi ok?

error: Content is protected !!