Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 14, 2025 @ 7:17pm

Anak Arwah Suhaimi Saad Janji Teruskan Legasi, Mahu Bawa Mesej Dakwah Dalam Lagu

Anak sulung kepada pasangan penyanyi, Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad, iaitu Ehmad Hadie Elhardie, 17, berazam untuk meneruskan legasi seni arwah bapanya dalam dunia nyanyian.

Hadie mengakui, selain ingin memenuhi hasrat terakhir arwah, dia juga mahu membuktikan dirinya mampu membanggakan kedua orang tuanya meskipun tidak melalui sistem persekolahan harian seperti rakan sebaya.

“Arwah ayah pernah berpesan, dia mahu anak-anak sambung perjuangannya. Saya mahu tunaikan amanah itu dan buktikan walaupun saya tak bersekolah harian, saya tetap mampu capai sesuatu yang membanggakan ibu dan ayah,” katanya.

Hadie berkongsi perkara itu ketika sidang media program Talk To My Manager di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Hadie turut berpegang kepada pesanan arwah bapanya iaitu untuk memastikan setiap karya nyanyiannya tetap diselitkan dengan unsur dakwah dan mesej positif.

“Arwah selalu ingatkan, dalam lagu pun kita boleh sampaikan mesej kebaikan. Program ini pula saya anggap batu loncatan untuk kembangkan bakat. Memang awal-awal saya malu, tapi lama-lama saya yakin akan lebih selesa,” ujarnya.

Program Talk To My Manager musim ini menghimpunkan pasangan pengurus-artis daripada kalangan selebriti dan anak mereka. Antara yang turut serta termasuklah Shuib & Thalita, Liza Hanim & Marsya, Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz serta Sharifah Shahirah & Auddra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jun 2022

9 Tahun Bersama Hot FM, Haziq Hussni Umum Undur Diri

Bye Haziq! Terus terbang tinggi…

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Minta Maaf Atau…’ – Linda Rafar Mahu Saman Netizen

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Netizen Bengang Cara KJ Salam Syed Saddiq?

Video tersebut menunjukkan aksi Syed Saddiq yang baru tiba di KLIA menghulurkan tangan untuk bersalam dengan hadirin termasuk KJ.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

谢承伟陈慧恬化身一日店长!1221「驻守」双威伟乐城大众书局

「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,来临周六「驻守」双威伟乐城大众书局,与大众们近距离互动玩游戏!

error: Content is protected !!