Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 1, 2025 @ 8:48pm

“Anak Tak Boleh Dibintikan Kalau Tak Selesai” – Bakal Timang Baby Girl, Fara Salleh Mohon Shuk Sahar Hadir ke Mahkamah Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cerai

Isteri kepada pelawak kontroversi Shuk Sahar, Fara Salleh berharap agar suaminya dapat memberikan kerjasama penuh dalam urusan pendaftaran pernikahan mereka di mahkamah.

Menurut Fara, perkara tersebut sangat penting bagi memastikan anak dalam kandungannya nanti dapat didaftarkan secara sah sebagai anak kepada Shuk.

“Kami bernikah November 2023 di Thailand. Jadi, saya perlu membuat pengesahan pendaftaran terlebih dahulu kerana jika tidak, anak kami nanti tidak boleh dibintikan dengan Shuk.

“Saya perlu selesaikan hal ini terlebih dahulu sebelum menguruskan pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Saya ada bukti lafaz cerai itu dan perlu ke mahkamah untuk mengesahkannya,” katanya.

Pernah berkongsi di Instagram mengenai lafaz cerai talak satu oleh Shuk terhadapnya menerusi panggilan telefon yang dibuat dari Thailand, Fara terkilan dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang.

“Ketika diceraikan, saya dihubungi seorang ejen dari Satun, Thailand, yang memaklumkan suami saya mahu melafazkan cerai. Namun, saya tidak menyangka dia akan menceraikan saya dengan cara begitu.

“Kalau betul dia matang, sepatutnya tahu adab dan tertib dalam soal perceraian. Dia sepatutnya berjumpa keluarga dan berbincang terlebih dahulu. Di situ saya rasa terkilan dan kesal,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Cantiknya bekas isteri Shuk Sahar, Fara Salleh yang hadir di rumah terbuka Terbaek Raya. Seri ibu hamil, baby bump pun dah besar, kandungan dah masuk 7 bulan… Semoga urusan Fara dipermudahkan ❤️ #xtramy #xtratonton #shuksahar #farasalleh ♬ Livin' It Now! (Two AM Music Global) – Oliver Stutz

Fara ditemui pihak media pada majlis rumah terbuka Terbaek Raya anjuran portal mStar di The Agam, Sungai Penchala, semalam.

Tambah ibu yang sedang sarat hamil tujuh bulan itu lagi, mahkamah sebenarnya telah menetapkan satu tarikh untuk mengesahkan pendaftaran perkahwinan mereka, namun Shuk tidak hadir seperti yang dijadualkan.

“Dia pernah tidak hadir sebelum ini dan keadaan itu melambatkan keseluruhan proses sehingga saya rugi masa lebih sebulan.

“Bagaimanapun, mahkamah menetapkan satu lagi tarikh untuk kami hadir. Saya sudah sampaikan maklumat itu kepadanya melalui orang tengah dan saya nyatakan dia hanya perlu hadir sekali sahaja. Cukup untuk urusan pendaftaran ini, selebihnya biarlah saya yang uruskan,” katanya.

Bercakap mengenai perjalanan kehamilannya, Fara yang bakal melahirkan anak pada Jun meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesihatan yang baik selain sokongan berterusan daripada keluarganya.

“Alhamdulillah, saya sihat. Kandungan saya kini berusia tujuh bulan satu minggu. Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik, cuma saya mudah semput memandangkan saya ada masalah jantung, lebih-lebih lagi apabila bayi semakin membesar.

“Pergerakan saya sekarang agak terhad dan perlahan. Dari segi emosi, ada kalanya saya rasa sedih dan tak boleh bersendirian, jadi saya sentiasa ditemani adik perempuan. Sekarang ini saya tinggal bersama ibu bapa saya. Mereka banyak membantu dan sentiasa berada di sisi,” katanya.

Walaupun berhadapan situasi yang mencabar, Fara tetap tenang dan tidak banyak menangis sejak awal kehamilan.

“Sejak awal kehamilan, saya cuma menangis dua atau tiga kali sahaja. Malah sejak insiden yang berlaku bulan ini, saya langsung tidak menangis lagi kerana sokongan daripada ibu bapa dan keluarga sangat kuat,” katanya.

Fara turut berkongsi bahawa beberapa kenalan rapat Shuk seperti Fizie dan Mamat Sepahtu ada menghubunginya untuk bertanya khabar dan memberikan sokongan moral.

Menyentuh tentang punca keretakan rumah tangganya, Fara mendedahkan bahawa konflik antara mereka bermula sejak sebelum mereka mengerjakan umrah bersama pada Ogos tahun lalu.

“Kami cuba perbaiki hubungan dengan mengerjakan umrah, muhasabah diri dan selepas pulang, saya disahkan hamil. Mungkin disebabkan perubahan emosi semasa kehamilan, hubungan kami mula menjadi semakin tegang.

“Satu perkara yang saya perasan, apabila dia berkawan dengan orang baharu, individu itu bukan perempuan, tapi rakan bisnes dia mula merancang pelbagai perniagaan tanpa membabitkan saya seperti sebelum ini.

“Dulu apa saja yang dia buat, saya tahu. Tapi bila dia berahsia dan bila saya tanya, dia kata saya tak perlu ambil tahu. Dari situlah konflik mula tercetus,” katanya yang berkahwin dengan Shuk pada November 2023.

Untuk makluman, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fara, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.

Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

Trending Sat, 27 Mar 2021

“Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengimbas semula detik perkenalan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz. Dedah Neelofa, mereka saling mengenali sekitar empat tahun lalu. “Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. […]

Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Trending Sat, 8 Dec 2018

Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Lelaki Batuk Sangat Teruk Sehingga Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Featured Thu, 12 Oct 2023
error: Content is protected !!