Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 5, 2019 @ 3:01pm

Anda Bakal Didenda Mulai 2 Januari 2019 Jika Hilang Passport

Rabu lalu, menerusi kenyataan dari laman web rasmi Pejabat Peguam Negara mengumumkan jika sesiapa yang kehilangan passport akan dikenakan denda dari RM300 sehingga RM1200 untuk menggantikan dokumen perjalanan itu.

Perintah itu juga turut membabitkan kerosakkan pada passport seperti yang termasuk dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Dalam kenyataan itu juga, individu yang kehilangan dokumen terbabit untuk kali pertama, akan dikenakan denda sebanyan RM400 kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar yang belajar di luar negara.

Bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar yang menuntut di luar negara berusia 21 tahun ke bawah pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan untuk kehilangan kali pertama.

Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Wed, 14 Aug 2024

“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

Apapun, Min harap semua yang terbaik sahaja untuk Marissa & Aslam 🤍

Featured Tue, 8 Nov 2022
Kes Mahkamah Mon, 10 Jun 2024

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

Polis juga dikatakan membawa anak patung

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

error: Content is protected !!