Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin November 24, 2021 @ 5:09pm

Anis Nabilah Raih Platinum Awards, Kukuh Jenama Ke Peringkat Global

Bakatnya dalam bidang kulinari sudah dipupuk sejak kecil. Ketika kanak-kanak lagi dia sudah suka memasak dan masuk dapur.

Mengakui tidak pernah mengejar populariti, cef selebriti, Anis Nabilah banyak mengumpul pengalaman dari bawah. Setiap pencapaian yang diraih hari ini adalah berkat dan usaha gigih sendiri.

Malah, Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin juga bertuah apabila kerjayanya kini turut diwakili syarikat pengurusan Universal Music Malaysia.

Menjadi selebriti yang bernaung di bawah syarikat itu sejak 2019 lalu memberikan satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitannya sebagai cef selebriti.

Terbaharu, Anis mendapat Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020. Sekaligus menjadikan dia antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.

Anis berkata, dia seronok, teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia sekaligus meningkatkan lagi jenama dirinya.

“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.

“Diakui sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa. Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar iaitu Universal Music Malaysia di belakang saya.

“Sebenarnya ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh. Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.

Menurut Anis, sejak diwakili syarikat itu ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.

“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.

“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.

Berkongsi lanjut kerjasama terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata apa yang dicapai hari ini juga adalah berkat saling percaya antara kedua belah pihak.

“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia. Kebetulan saya duduk bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi kami terus bincang. Malah, dia faham apa saya nak.

“Walaupun hanya bersembang, tapi kami terus serasi. Dia ada kepercayaan pada saya. Tidak banyak perbincangan dibuat sebelum saya memberi kata putus untuk menyertai mereka. Sejak itu kami terus bincang apa yang saya mahu dan perancangan ke depannya.

“Kalau nak bercakap dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama teroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.

Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.

“Tahun lepas ketika Covid-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka. Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.

“Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 26 Nov 2019

Ogos, September, Bulan Paling Popular Bagi Perkahwinan Pada 2018

Berkongsi kenyataan berhubung penerbitan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian, Malaysia, 2019.

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

LIFESTYLE Sat, 10 Mar 2018

Henti Pakai Burqa Atau…

Universiti Islam Negeri (UIN) di Jogjakarta berkata, 41 pelajarnya yang memakai burqa akan diberi kaunseling dan diminta berhenti menggunakannya jika mahu menerima ijazah.

LIFESTYLE Sun, 11 Nov 2018

登机安全须知!托运与随身哪些物品不能带?

现在出国越来越频繁,打包行李时到底哪些需要放在随身?哪些需要放托运?

FESYEN Mon, 18 Nov 2019
Fab Foodies! Tue, 24 Dec 2019

Acai Bowl; Instagrammable, Filling And Nutritious

Not only it is a feast for the eyes, it is also a feast for the tummy and health as well.

LIFESTYLE Sun, 8 Dec 2019

Risiko Dijangkiti Kencing Tikus Jika Main Air Banjir !

Jangkitan kencing tikus senang terkena sewaktu musim banjir. Jadi berhati-hati apabila berada diluar sana

LIFESTYLE Sun, 6 May 2018

健身必穿「运动Bra」否则胸部会下垂! 

女士们,妳都穿什么运动呢?妳是否有准备几件运动Bra来替换,英国研究指出若没穿着运动Bra做运动,可能会造成乳房下垂、松弛的严重后果。

LIFESTYLE Sat, 1 Feb 2020

Nak Menang Percutian Sepanjang 12 Bulan Ke 12 Destinasi? Baca Artikel Ini Sampai Habis!

Para pemenang yang dipilih akan diberikan tiket penerbangan termasuk penginapan dan wang poket bernilai RM1500.

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

10项首投族「你一定要知道的事!」

随着国会4月7日解散,选委会宣佈第14届大选投票日将落在5月9日。在本届大选中,有超过197万个选民都是首次参与投票的「首投族」。在投票时,到底有哪些事项是要注意的呢?

error: Content is protected !!