Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 8, 2018 @ 12:04pm

Apa Yang Seronok PRU14 Pada Hari Rabu? Nombor 4 Paling Best!

Sebaik sahaja hari mengundi untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) diumumkan, pelbagai reaksi diterima oleh pelbagai pihak. Ada yang terima dengan positif, malah ramai juga yang menempelak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Rileklah! Cuba fikir yang baik-baik. Lagipun Perdana Menteri kita sudah umumkan tarikh 9 Mei sebagai cuti umum. Agak-agaknya apa kelebihan membuang undi pada hari Rabu? Semak senarai berikut:-

1) Dapat luangkan masa dengan keluarga apabila tempat kerja anda memberi cuti pelepasan satu hari

Buang undi bukannya mengambil masa sehingga sehari jika tempat mengundi  hanya berdekatan. Jadi, boleh memasak untuk anak-anak dan suami.

2) Lawat ibu bapa di kampung

Bagi yang mengundi di kampung, inilah masa untuk menjenguk kedua orang tua.  Cuti umum untuk mengundi hanya sehari, tetapi apa salahnya ambil cuti lebih untuk panjangkan masa. Sesekali tak salah gembirakan yang tersayang.

3) Curi masa untuk memanjakan diri di spa

Buat manicure, pedicure, urutan badan atau rawatan wajah bagi yang masih solo. Paling tidak, pergi ke salon untuk dapatkan potongan rambut idaman. Sebabnya, kadang-kadang  pada Sabtu dan Ahad banyak lagi agenda lain.

4) Boleh terus shopping selepas selesai mengundi

Tudung Aidijuma mengadakan jualan istimewa sempena hari mengundi di kesemua 13 buah cawangan. Sebabnya, Aidijuma Colors Group merupakan penaja untuk Program ‘Dakwat Di Jari’ yang diterbitkan oleh Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad bersama Primeworks Studios. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan koleksi #rayapilihan Aidijuma pada harga istimewa.

Oklah, untuk memungkinkan anda melakukan perkara-perkara di atas, pastikan anda tidak membuang masa yang terlalu lama di pusat mengundi. Bagaimana caranya?

1) Keluar awal untuk ke pusat mengundi, jangan tunggu sehingga waktu tengahari atau beberapa jam sebelum tempoh undian tamat.

2) Gunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk ke tempat mengundi untuk jimatkan masa mencari tempat parking kereta. Jika semua pengundi memandu kereta sendiri, tidak mustahil jalan boleh sesak.

3) Jika pusat mengundi anda sama dengan jiran-jiran atau rakan-rakan berdekatan rumah, ambil pendekatan berkongsi kenderaan. Cara ini lebih menjimatkan.

4) Sampai di pusat pemilihan, jangan buang masa di ‘pondok panas’. Memang ‘pondok panas’ sudah tidak dibenarkan oleh SPR, tetapi pasti akan ada individu yang akan cuba meraih undi pada saat-saat akhir. Jadi, tak perlu dilayan. Tetapkan pilihan anda dari awal lagi.

5) Periksa nama dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi supaya tidak tersilap pusat mengundi. Semakan boleh dibuat secara mengunakan khidmat pesanan ringkas – Taipkan : SPR (jarak) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.

6) Jangan lupa bawa dokuman pengenalan diri yang sah iaitu kad pengenalan, passport antarabangsa, passport terhad atau resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9). Kalau dokumen ini tertinggal, takkan nak patah balik.

Selamat mengundi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

Featured Wed, 14 Sep 2022
Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

Featured Thu, 28 Oct 2021

“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan. Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan […]

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 1 Apr 2026

Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Susulan hantaran yang dimuat naik pada Isnin, selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila berkongsi posting berbaur emosi di media sosial miliknya.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Ini rutin mudah untuk kulit sihat

Featured Sun, 14 Aug 2022
error: Content is protected !!