Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 14, 2018 @ 1:00pm

Aplikasi Penuh Adobe Photoshop Bakal Hadir Ke Peranti Mudah Alih iOS Tahun Hadapan

Peranti iOS cukup sinonim dengan lambakan aplikasi esklusif yang tidak terdapat pada peranti yang menjalankan sistem operasi lain. Permainan video, pemain media mahupun pengeditan imej, kesemuanya lengkap di dalam kedai aplikasi mereka iaitu App Store.

Namun, terdapat juga beberapa aplikasi penting dan terkenal yang tidak menyokong sistem operasi mereka. Sebagai contoh, Adobe Photoshop tidak tersedia di dalam App Store walaupun ia merupakan antara aplikasi pengeditan gambar paling popular hari ini.

Bagaimapun, perkara itu dijangka berubah tidak lama lagi apabila Adobe mengesahkan mereka akan melancarkan aplikasi penuh berkenaan untuk peranti mudah alih iOS tahun hadapan. Mereka dilaporkan akan bermula dengan membawa aplikasi itu ke peranti iPad 2019.

Adobe sebenarnya telah lama bercadang untuk membawa aplikasi ini ke peranti keluaran Apple, iaitu sejak tahun 2012. Malah, Ketua Pegawai Produk bagi Adobe Creative Cloud, Scott Belsky telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkannya, ketika itu.

Sebelum ini, pengguna peranti mudah alih Apple hanya boleh mendapatkan aplikasi Photoshop Mix, Express dan Fix sahaja tanpa aplikasi lengkap. Dengan pengumuman ini, ia pasti akan memberi kelegaan untuk pengguna mereka terutama bagi mereka yang gemar mengedit gambar.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 3 Jul 2018

Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100

Satu pelan jalur lebar Unifi berkelajuan 30Mbps pada harga dibawah paras RM100 telah diumumkan oleh TM hari ini. Diletakkan sebagai pelan permulaan, ia memberikan penjimatan sebanyak 40% berbanding harga langganan sedia ada iaitu RM179. Pelan […]

TECH Mon, 20 Jan 2020

Cara Aktifkan “Secure Folder” Pada Peranti Samsung

Khusus untuk pengguna peranti Samsung terkini sahaja, Tahukah anda bahawa peranti Android tersebut dilengkapi dengan fungsi “Secure Folder” yang mana boleh digunakan untuk menyembunyikan aplikasi dan fail sulit anda. Kepada yang masih belum tahu caranya, […]

TECH Sat, 5 May 2018

台湾精品引爆全马大专电竞赛!奖金高达13万令吉

大马有史以来最大型的大专院校电子竞技比赛「台湾精品全马大专电竞赛2018」即将揭开序幕,争夺总奖金高达13万令吉。

TECH Mon, 23 Jul 2018

Institusi Kesihatan Singapura Diserang Dalam Sejarah Serangan Siber Paling Buruk Untuk Republik Tersebut

Singapura sebuah negara jiran di selatan Malaysia baru-baru ini telah mengalami serangan siber terbesar dalam sejarahnya. Mengikut laporan media tempatan, sebanyak 1.5 juta data pesakit mereka telah dicuri termasuk PerdanaMenteri mereka, Lee Hsien Loong. Serangan siber yang menyasarkan SingHealth, […]

TECH Sun, 17 Mar 2019

Earbuds Tanpa Wayar Berkualiti Mampu Milik

Kepada anda yang pernah mencuba Earpod daripada Apple sememangnya akan terpesona dengan kualiti bunyi yang dihasilkan,oleh kerana harganya agak mahal maka tidak ramai pengguna yang mampu memilikinya. Berikut kami kongsikan 2 peranti Earbuds tanpa wayar dengan harga mampu milik.

TECH Sun, 27 Oct 2019

Kamera Terkecil Di Dunia Ini Sehalus Sebutir Pasir

Kamera tersebut hanya berukuran 0.65 x 0.65 x 1.158mm.

TECH Thu, 31 May 2018

Cara Untuk Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Ramai pengguna iPhone yang tidak tahu cara mengaktifkan fungsi rakaman skrin pada iPhone.

TECH Tue, 23 Jul 2019

消除心理压力! IG推隐藏贴文按赞数

会影响心情! IG尝试「隐藏贴文赞数」,消除用户心理压力~

TECH Sat, 1 Jun 2019

Swafoto Lebih Baik Dengan Samsung Galaxy Note9, Bukan Kerana Kameranya Tapi…

Apa yang menjadikan Samsung Note9 dapat menghasilkan gambar yang cantik?

TECH Sat, 24 Nov 2018

Cara Bermain Permainan Android pada Windows

Bermain permainan video pada peranti mudah alih kian menjadi kegilaan pengguna, tapi nak main pada Windows atau PC?

error: Content is protected !!