Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:07pm

Apple MacBook Pro 2018 Hadir Dengan Kejutan – Skrin, Sistem Cip & Memori Dinaiktaraf

Peminat peranti keluaran Apple hari ini telah dihidangkan dengan satu kejutan yang tidak disangka di mana Apple telah mengumumkan model komputer mudah alih mereka, MacBook Pro yang baru. Model berkenaan hadir dengan beberapa naiktaraf berbanding keluaran tahun lepas.

Apple telah memperkenalkan dua variasi saiz pada keluaran kali ini iaitu 13-inci dan 15-inci yang mana kedua-duanya akan hadir dengan sokongan paparan kedua Apple Touch Bar yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2016.

Kredit : DigitalTrends

Apple juga membawa pembaharuan terhadap skrin paparan peranti apabila ia akan menggunakan skrin paparan True Tone, yang turut digunapakai pada peranti iPhone 8, iPhone X dan iPad Pro. Skrin ini akan memberi paparan lebih terang dan kurang pantulan berbanding skrin Retina yang digunakan sebelum ini.

Dari segi sistem cip pula, model Pro 13-inci akan menggunakan cip generasi ke-8 i5 atau i7 dengan empat teras keluaran Intel. Manakala bagi model Pro 15-inci pula akan hadir dengan cip Intel i7 dan i9 dengan enam teras.

Pengguna yang mengutamakan kepantasan pasti gembira apabila pihak Apple mengesahkan model Pro 15-inci akan hadir dengan memori yang lebih besar. Ia akan hadir dengan memori 32GB RAM berbanding 16GB RAM pada keluaran tahun ini.

Ia juga akan menggunakan sistem memori yang lebih terkini iaitu DDR4 berbanding DDR3 yang digunapakai pada model terdahulu. Malah, simpanan dalaman bagi kedua-dua model juga meningkat dua kali ganda iaitu 1TB ke 2TB bagi Pro 13-inci dan 2TB ke 4TB bagi model 15-inci.

Kredit : Switch

Sementara itu, laman Switch mengesahkan bahawa model baru ini akan memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan Ogos. Di samping itu, mereka turut memaklumkan berkenaan penurunan harga bagi beberapa model MacBook Pro keluaran terdahulu.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 7 Dec 2019

Cara Mudah Menyekat Sebarang “Website” Pada Chrome

Risau akan anak – anak yang menggunakan PC dirumah, berikut kami kongsikan salahs atu alternatif untuk menyekat sebarang laman  sesawang yang anda inginkan pada pelayar Chrome. Pertama sekali buat carian extension Block site pada google, seterusnya pada paparan berikut klik […]

TECH Sun, 9 Jun 2019

Inilah Cara Memasang Android P Beta

Kalau belum install atau ada Android P Beta boleh ikuti langkah mudah ini

TECH Fri, 17 Jan 2020

Tips Guna Google Search Secara ‘Pro’

Kita semua menggunakan Google Search setiap hari bertanyakan soalan dan juga mencari maklumat. Akan tetapi, kadang kala ada jawapan yang Google berikan bukannya apa yang kita mahukan. Tahukah anda, Google mempunyai fungsi khas yang boleh membantu pengguna mengehadkan jenis […]

TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

TECH Fri, 6 Apr 2018

脸书:20亿用户个资「恐无人幸免」被搜刮过

脸书(Facebook)被英国数据分析公司「剑桥分析」利用程式窃取用户个人资料,一开始估计有5000万使用者受害,4日上调至8700万用户资料。脸书也证实,全球20亿用户的个人公开资料,很可能遭到第三方机构挖空。

Automobile Tue, 3 Apr 2018

史上最贵休旅车! Karlmann King让你化身蝙蝠侠

地表上最贵的休旅车,是Bentley、还是Lamborghini?答案是Karlmann King!

TECH Fri, 21 Sep 2018

Cara Menukar Gambar jenis “jpg” Kepada “PDF”

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk menukar gambar format jpg kepada PDF, caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

TECH Fri, 7 Sep 2018

Cara Nak Pilih Monitor

Apakah yang perlu anda tahu bila ingin memilih screen monitor.

TECH Tue, 15 May 2018

Donald Trump Lantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Tertinggi AI

Donald Trump lantik diri sendiri sebagai Penasihat Tertinggi AI tidak berasa malu kah?

TECH Sat, 15 Sep 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Antara cara untuk mengosongkan ruang storan untuk Iphone anda.

error: Content is protected !!