Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 22, 2023 @ 3:17pm

Arash Mohamad Beri Pesanan Buat Selebriti & Influencer Selidik Tawaran Terlebih Dahulu – “Mereka Target Orang Yang Sedang…”

Pelakon Arash Mohamad memberi nasihat kepada golongan selebriti dan pempengaruh untuk tidak menjadi mangsa penipuan di media sosial.

Menurut Arash, sebelum berurusan pastikan teliti terlebih dahulu sesuatu tawaran tersebut.

“Nasihat saya kepada golongan selebriti, kalau sesiapa tawarkan untuk kerjasama, periksa dan selidik terlebih dahulu kerana mereka yang suka mengambil kesempatan ini, memang mensasarkan orang yang sedang berada di kemuncak.

“Zaman sekarang, teknologi pun semakin maju. Jadi, kesempatan yang diambil juga jadi semakin meluas dan mudah,” katanya semasa ditemui di tayangan perdana filem Dalang di MBO Cinema, Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain itu, dia juga memberitahu lebih selesa berurusan menerusi panggilan telefon berbanding media sosial.

“Kadang-kadang, ada yang menghubungi saya melalui direct message (DM) di Instagram atau Facebook untuk tawarkan kerjasama contohnya, review produk dan sebagainya.

“Selalunya, saya akan minta nombor telefon mereka atau berikan nombor telefon saya untuk mereka hubungi. Saya tak suka DM di media sosial kerana urusan kerja itu nampak tak wajar dan tak rasmi.

“Sekurang-kurangnya, kalau dihubungi menerusi panggilan telefon, saya boleh simpan nombor itu. Kalau sekadar di Facebook atau Instagram, sekarang dah terlalu banyak akaun palsu yang menjalankan penipuan.

“Saya pula orang tua dan tak reti sangat nak berurusan di media sosial. Jadi, hubungi saya melalui telefon dan kita bincang. Kalau setuju, kita teruskan,” ujarnya.

Terbaharu, Arash membintangi Dalang sebuah filem arahan pengarah, Nik Amir Mustapha yang ditayangkan di platform Tonton bermula 20 Disember 2023.

Selain Arash, filem Dalang turut dibintangi oleh Luqman hafidz, Liyana Jasmay, Aziz M Osman, Wan Raja dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

#HajatDanceChallenge Di Laman Sosial Media

#HajatDanceChallenge ada yang kata macam zumba ada pula yang kata Poco Poco so yang mana satu yang betul

Hiburan Fri, 9 May 2025

“Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall 

Siti Jamumall berjalan 15 kilometer selepas ada konflik dengan suami

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Events Fri, 30 Nov 2018

Nick Jonas, Priyanka Chopra Kahwin ESOK?

Wedding Of The Year ini bakal dihadiri oleh kaum keluarga Jonas yang terbang dari Amerika Syarikat termasuk Joe Jonas dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Featured Wed, 8 Nov 2023
error: Content is protected !!