Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 14, 2025 @ 10:57am

Artis Popular Didakwa Selasa Ini, Disyaki Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Perempuan 17 Tahun

Seorang penyanyi dan pelakon terkenal tanah air bakal berdepan detik hitam apabila dijangka didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selasa ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima arahan pendakwaan daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor selepas siasatan terperinci dijalankan terhadap suspek.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Petaling Jaya pada 17 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata, polis memberi jaminan siasatan dilakukan secara telus dan menyeluruh demi memastikan keadilan kepada mangsa.

“Polis komited memastikan hak mangsa terpelihara dan proses undang-undang berjalan dengan adil,” katanya.

Terdahulu, Hussein mendedahkan mangsa yang juga remaja perempuan dipercayai peminat artis berkenaan, dan pernah bertemu selebriti itu sebanyak dua kali ketika menghadiri konsertnya.

“Polis percaya mangsa memang mengagumi artis terbabit,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Kali Ini Di Dakwa Membuat Laporan Palsu

Mengaku tidak bersalah dan sekarang didakwa membuat laporan palsu pula. Lepas satu-satu, harap dapat selesai dengan segera tanpa ada isu yang lain

Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

error: Content is protected !!