Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2025 @ 5:55pm

Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, 8 Finalis Bakal ‘Terbang’ Ke Korea Selatan

Sebuah rancangan realiti muzik terbesar Asia, Asian Pop Stars (APS) 2025 bakal mencipta fenomena dalam melahirkan bintang bertaraf dunia dari benua Asia dan Malaysia khasnya.

Lebih menarik bukan hanya pemenang, malah kesemua lapan finalis akan dihantar menjalani persiapan khas di Korea Selatan untuk mengekalkan momentum mereka sebagai bintang selepas pertandingan berakhir.

APS dianjurkan dan diterbitkan buat kali pertama oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM).

Pengerusinya, Datin Seri Dr. Harnie Mohamed berkata, kesemua finalis akan menerima biasiswa khas pengajian seni persembahan selama satu bulan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan dua bulan di Korea Selatan.

“Semuanya sudah tahu K-Pop berasal daripada Korea. Bagaimana mereka dikenali di sana dan menjadikan muzik serta artis mereka global. Malah, peminat juga.

“Jadi kita perlu melalui proses itu dan bealajar mengetahui bagaimana nanti artis-artis di bawah program ini menjadi seperti mereka.

“Jadi saya rasa disitu membuatkan kita sepakat memilih Korea Selatan. Mereka well known,  sangat terkenal dengan muzik K-Pop selain ia negara yang dekat dengan kita,” katanya.

Pemenang tempat pertama bagi Asian Pop Star 2025 ini bakal membawa pulang hadiah utama berupa USD20,000, piala pusingan dan sijil pengiktirafan.

Selain persembahan, peserta akan menyertai penjelajahan khas ‘Cuti-Cuti Malaysia’ selama sembilan hari sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, yang merangkumi sembilan negeri dengan pelbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan.

Pada majlis itu, seniwati Fauziah Ahmad Daud diumumkan sebagai Pengetua dan dibantu oleh dua tenaga pengajar iaitu Isabella Soliano (vokal) dan Azmie Z. Abdden (koreografer).

Majlis pelancaran APS disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022

#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Setelah empat tahun, Still Life memang cukup rasa

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

familuv Mon, 1 Jun 2020
Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Events Wed, 18 Jan 2023

Timbul Gosip Cinta, Aisha Retno Selesa Berkawan Rapat Dengan Aziz Harun

Penyanyi Aisha Retno sedia menerima segala gosip mengenai isu percintaan jika isi dan tajuk utamanya itu tidak melampaui batas. Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ini mendedahkan dia kini sedang berkawan rapat dengan […]

Featured Thu, 27 Nov 2025

Tak Terburu-Buru Menghukum, Tindakan Ibu Dr. Fie Dipuji Warganet – “Tetap Beri Penghargaan Pada Bekas Menantunya”

Dr. Zailah sempat menyebut nama bekas menantunya yang juga penyanyi, Nubhan pada hantaran berkenaan sekali gus menzahirkan ucapan terima kasih dan doa buat mereka semua.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!