Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 9, 2023 @ 2:26pm

Atas Sebab Cinta & Kasih Sayang Kepada Bapa, Krisdayanti Umum Tukar Nama

Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti telah memaklumkan bahawa dia telah menukar namanya pada April lalu.

Memetik laporan Gempak, dia meminta kepada media atau mana-mana pihak yang berurusan dengannya untuk menggunakan nama baharunya selepas ini.

Jelasnya, nama baharunya tidak lain dan tidak bukan ialah Kris Dayanti.

Ia hanya berbeza dari segi suku kata.

Menurut pelantun lagu Menghitung Hari itu, dia menukar nama atas sebab ingin menggunakan nama sama seperti kad pengenalannya.

Malah, dia juga menyatakan ingin mengenang Allahyarham bapanya.

“Dalam kad pengenalan atau akta kelahiran, nama saya dieja Kris Dayanti.

“Tapi bila saya bekerja dalam bidang hiburan dan banyak menjalin kerjasama dengan jenama besar, nama pentas digunakan sebagari Krisdayanti biar kedengaran lebih catchy,” ujarnya kepada Detik.com

Bukan itu sahaja, Kris Dayanti juga menyatakan dia menjadi lebih menghargai semenjak bapanya meninggal dan memutuskan untuk menggunakan nama sebenarnya sebagai tanda cinta dan kasih sayang untuk bapanya.

“Semenjak ayah meninggal dunia, saya menjadi lebih menghargai dan akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan nama Kris Dayanti.

“Ini juga sebagai bentuk cinta dan kasih sayang buat ayah,” jelasnya lagi.

Sumber: Gempak, Detik.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Thu, 15 Aug 2019
Hiburan Thu, 16 May 2019

Aliff Aziz Mohon Ruang

Bella Astilah mengumumkan mahu mengundurkan diri dari hidup Aliff

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Banyak Cabaran Sepanjang Berkahwin, Diana Danielle Mengaku Tak Kuat?

Allah SWT akan beri sesuatu yang lebih manis dan indah jika kita terus bersabar.

Trending Tue, 7 Dec 2021

Sebulan Simpan Rahsia Perkahwinan, Uqasha Senrose & Kamal Adli Bakal Berbulan Madu Di Makkah

Hos Lagu Cinta Kita 3, Kamal Adli, 35, selamat bernikah dengan pasangannya, Uqasha Senrose, 29, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berkongsi berita itu hari ini menerusi sebuah majlis […]

error: Content is protected !!