Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 3:42pm

Atilia Haron & Salamiah Hassan Hidupkan Malam Penuh Cinta Dalam Konsert Gelombang Bahagiaku

Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menjadi saksi kepada persembahan bersejarah apabila Atilia Haron berkongsi pentas dengan ibunya, legenda seni suara tanah air, Salamiah Hassan, menerusi Konsert Gelombang Bahagiaku yang berlangsung pada Sabtu.

Konsert anjuran Mujik Wand Production itu mencatat pencapaian membanggakan dengan tiket habis dijual dan sambutan luar biasa daripada para penonton yang terpaku sejak lagu pertama hingga ke akhir.

Bagi Atilia, malam Konsert Gelombang Bahagiaku itu menjadi momen paling bermakna dalam hidupnya.

“Sejak kecil, saya ingin menjadi seperti mama. Dapat berkongsi pentas bersamanya, di hadapan penonton yang penuh… it’s surreal.

“Projek ini bukan mudah kerana kami bermula tanpa penaja, tetapi berkat sokongan rakan-rakan dan keluarga, ia menjadi malam yang tidak akan saya lupakan,” kata Atilia.

Salamiah pula menyifatkan pengalaman berduet bersama anaknya sepanjang konsert sebagai hadiah terindah dalam perjalanan kariernya yang kini menjangkau 55 tahun.

“Menyanyi bersama anak saya sepanjang konsert ini adalah hadiah paling indah. Saya gembira, sangat bersyukur, dan berharap kami dapat melakukan lebih banyak konsert bersama nanti,” katanya.

Konsert dimulakan dengan “No Fruits For Today” nyanyian Atilia sebelum diteruskan dengan rangkaian lagu popular seperti “Old Love”, “Rekah”, medley “Bodoh” dan “Cinta Sampai Mati”, serta kolaborasi penuh energi bersama MonoloQue menerusi “Kekanda Adinda”. Turut dipersembahkan, “Bahagiaku” bersama Jason Voo, diikuti dengan “Salah Sangka”, “Sangkar”, “Sudah” dan “Selagi”.

Salamiah tidak kurang memukau dengan variasi genre dari “I’m So Excited” ke balada “Surat Terakhir”, medley “Miang Miang Keladi”, “Kau Dan Alasanmu”, “Antara Dua Kasih”, jazz klasik “Frim Fram Sauce”, duet romantis bersama Hardy Arbi menerusi “Berdebar-Debar Rasa Hati”, sehinggalah “Kenang Daku Dalam Doamu”.
Suasana semakin meriah dengan kemunculan Mimifly dalam medley “Sahabat” dan “Angkat”, sebelum Salamiah kembali mempersembahkan “Superstar”, “Semut Semut Di Titian Usang”, “Menghitung Hari”, “If You Go Away” dan karya ikoniknya, “Gelombang”.

Pentas ditutup dengan persembahan duet ibu-anak “Age Is Just The Number” yang mengundang sorakan hangat.

Malam penuh magis itu turut diserikan dengan lagu klasik “Empat Dara” nyanyian bersama Mimifly dan Elvira Arul, membuatkan seluruh dewan berdiri memberi tepukan gemuruh.

“Bila kami berpandangan sambil menyanyi, saya rasa macam dunia terhenti sekejap. Momen itu yang saya tunggu-tunggu,” kata Atilia.

“Saya dapat lihat di mata Atilia penuh semangat dan kasih… itu yang membuatkan saya rasa ‘inilah kebahagiaan sebenar’,” ujar Salamiah pula.

Selain persembahan bertenaga, konsert turut disemarakkan dengan penjualan habis merchandise edisi khas berbentuk t-shirt sebanyak 100 helai yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Ini kali pertama kami membuat merchandise sendiri. Seronok apabila melihat peminat memakai baju konsert sambil bergambar dengan kami,” kata Atilia tersenyum.

Sebagai figura seni yang disegani, Salamiah turut menitipkan pesanan buat generasi baharu.

“Penyanyi muda sekarang hebat-hebat, buat lagu sendiri, belajar vokal. Saya yang sudah 55 tahun dalam industri ini pun masih lagi belajar. Kerana seni itu satu perjalanan tanpa henti,” ujarnya rendah hati.

Menutup tirai, Atilia mengakui dirinya kini kembali bersedia untuk lebih aktif selepas sekian lama memberi tumpuan kepada dunia kecergasan.

“Tahun depan saya hendak buat lebih banyak persembahan. Saya rindu berada di pentas. Malam ini membuktikan bahawa muzik dan kasih sayang keluarga adalah kombinasi yang tidak ternilai,” katanya penuh tekad.

Konsert “Gelombang Bahagiaku” bukan sahaja meraikan keindahan muzik, tetapi juga menjadi simbol ikatan kasih, warisan dan cinta seni yang merentas generasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

《娱协30》新人造势活动 429金河轰动登场

《娱协30》新人推荐奖候选人将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动;出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成以及Danny许佳麟。

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Wah…tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

Featured Fri, 5 Aug 2022

Insulin Kosong Dalam Badan, Ako Mustapha Dikejar Ke ICU

Semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Jangan lupa makan ubat okay 😊

Hiburan Fri, 26 Dec 2025
error: Content is protected !!