Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 16, 2018 @ 9:00am

‘Atuk Harimau’ Suka Jaga Badan, Hari-Hari Bersenam!

Ingatkan kanak-kanak saja yang suka beraksi dengan kostum binatang, rupanya orang tua pun sama!

Haa…kalau tak percaya ini al-kisahnya seorang warga emas dari Jinan, China yang begitu gemar memakai kostum harimau bintang yang ketat, dilengkapi dengan ekor dan telinga.

Mi Youren yang berusia 68 tahun mengamalkannya untuk rutin kecergasan dengan mencipta sendiri pergerakan seperti haiwan yang tangkas itu.

Foto: Youtube

Setiap hari, Mi Youren akan memakai kostum harimau bintangnya dan pergi ke taman di kampung halamannya di bandar Jinan untuk melakukan ‘latihan kecergasan harimau bintang’.

Dia berjalan, berlari dan menaiki tangga menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya di atas tanah.

Kedudukan tangan dan kakinya turut ditegangkan bagi merasai ketahanan pergerakan seperti harimau bintang.

Dia bukan sahaja menjadikan senaman itu untuk kelihatan cergas, tetapi pada masa sama menghiburkan orang ramai yang ditemuinya.

Aduhai, macam-macam!

Mi Youren mengamalkan latihan kecergasan harimau bintang selama 18 tahun, dan sebahagian gaya senamannya itu membuat dia mengekalkan tubuh badan yang menarik bagi usianya itu.

Foto: Youtube

“Sebab mengapa saya mencipta latihan kecergasan gaya harimau bintang ini kerana saya ingin tahu mengenai harimau bintang dari Afrika mengejar binatang seperti rusa, selepas saya menonton rancangan Animal World (Dunia Haiwan) di TV,” kata Mi Youren kepada Ruptly TV.

“Saya melakukan latihan ini di dataran dan taman, di mana saja saya pergi dan orang ramai amat menyukai saya!,” katanya.

Sumber artikel: mStar

Sumber video: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 14 Jun 2019

Annabel Yao, pewaris empayar Huawei pikat perhatian dunia!

Sekalipun kaya-raya, Yao lebih selesa menjalani kehidupan seperti gadis kebanyakan.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

20 Tip Mudah Untuk Hilangkan KG Dalam 10 Hari

Laman web Stylecraze memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!

Featured Thu, 26 Jan 2023

Ajar Pesakit Kanak-Kanak Doa Afiyah, Perdana Menteri Buat Ramai Sebak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap vasculopathy cirrhosis occlusive yang dikenali sebagai Farzana yang mahu bertemu beliau sebelum menjalani pembedahan. Dalam pertemuan terbabit, Anwar sempat mengajar doa Afiyah kepada […]

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk pengguna tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

error: Content is protected !!