Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 5, 2018 @ 2:00pm

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Penyanyi terkenal Awie diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada bekas isterinya, Rozana Misbun sebanyak RM 80,000 sebagai jumlah ganti rugi dalam saman sivil yang difailkan terhadapnya sebelum ini.

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana diwakili oleh peguam Ahmad Fakhri Abu Samah sebagai peguam utama serta Azlan Abd Roni, Muhammad Azwar Ab Manab dan Nasyrah Ezzan Ali.

Azlan Abd Roni menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkan oleh Rozana adalah untuk perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang telah dilakukan oleh Awie selaku defendan kes itu pada 2 Jun 2014 di beberapa kawasan termasuk di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Saman sivil yang telah difailkan oleh Rozana bertujuan menuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Rozana yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan ke-sepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

Pada 7 Mac 2016, vokalis kumpulan Wings itu dilepaskan daripada pertuduhan jenayah mencederakan Rozana, 40, oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Untuk rekod lama, pada 4 Julai 2014, Awie, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana yang ketika itu isterinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Jun 2005 dan  dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5. Mereka bercerai secara sah pada 1 November 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Menurut Arfie Shah, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna Jobling.

Featured Sun, 23 Oct 2022
Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

error: Content is protected !!