Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 22, 2022 @ 5:59pm

Baby 22.02.22! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Ernie Zakri & Syamel Dibanjiri Ucapan Tahniah, Komen Anuar Zain Paling Win

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuan sulung mereka pada jam 10.14 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Syamel menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu dan Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.

“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Sementara itu, Ernie juga turut memuat naik hantaran yang sama menerusi akaun instagram miliknya.

“Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua ❤.” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Malah, rata-rata rakan artis dan peminat dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar bayi dan ibu berada dalam keadaan yang baik dan sihat sepanjang tempoh berpantang.

Bukan itu sahaja, komen yang ditinggalkan penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain yang juga merupakan bapa saudara kepada penyanyi Ku Bersuara itu turut mencuri perhatian warganet yang ternyata terhibur dengan komen yang dtinggalkan.

“@anuarzain70 yayyy , ada cucu pak ngah ..”  tulis salah seorang netizen.

“@anuarzain70 pakngah dah ada cucu!” tulis netizen yang dikenali sebagai @maisarazainal.

 

Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dengan hanya sekali lafaz.

Dalam majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300,00 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie Zakri atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022
Trending Fri, 31 Mar 2023
Featured Tue, 12 May 2020
Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Sat, 10 Aug 2019

KidZania sedia 7 aktiviti menarik bagi ‘Indiana Jones’ cilik

Pusat didik hibur perkenal program baharu ArcheoKidZ

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

error: Content is protected !!