#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi September 8, 2023 @ 6:51pm

#BabyXTRA: Ambil Tugas Jaga Anak Pada Waktu Malam, Harris Annuar Rendahkan Ego Mohon Maaf Pada Isteri Setiap Kali Bertengkar

Bergelar bapa buat pertama kali semestinya sedikit menggerunkan, lebih-lebih lagi apabila isteri terpaksa menjalani pembedahan emergency caesar.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, pelakon Harris Annuar berkongsi pengalaman sewaktu isterinya, aktres Asha Merican bersalin. 

*Bersalin 2 Minggu Awal, Terpaksa Caesar*

Menurut Harris, isteri tercintanya bersalin dua minggu awal iaitu pada minggu ke-38 dan terpaksa menjalani emergency caesar. 

“Pada awalnya isteri saya kena induce sebanyak tiga kali tapi bukaan masih tetap 2 cm. 

“Tali pusat bayi dah mula terbelit kat leher, terpaksa jalani emergency czer. 

“Saya tak boleh masuk ke bilik pembedahan sebab kes kecemasan, ini lah pengalaman yang saya tak dapat lupakan hingga kini,” ujarnya. 

*Shift Malam Jaga Anak*

Selalunya bapa jarang nak jaga anak ketika waktu malam, tapi lain pula bagi Harris yang mengambil tugas untuk menjaga puterinya di waktu malam. 

“Saya luangkan masa dengan anak selalunya bila balik dari kerja. masa itulah shift untuk saya jaga. 

“Saya akan bermain bergurau dengan dia, selalunya akan spend dalam dua hingga tiga jam. 

“Saya akan biarkan isteri saya untuk berehat, bila malam nak tidur isteri akan jaga sebab anak tidur sebelah dia. 

“Tapi kalau anak bangun pukul tiga pagi nak susu saya akan bangun. itulah kadang kadang sampai baby pun tak cam muka ayah dia, sampai terpaksa pakai topeng wajah isteri,” tuturnya. 

*Jaga Rumah Tangga, Suami Perlu Turun Ego*

Bila bercakap tentang ego, semestinya ego lelaki paling tinggi kan? 

Bukan senang lelaki nak turunkan ego, jadi syabas buat Harris yang berjaya merendahkan ego dan memohon maaf kepada isterinya terlebih dahulu setiap kali berlaku pertengkaran.  

“Saya dah kenal isteri selama 4 tahu, bila bergaduh ke apa saya akan pergi kt dia saya akan salam dan kata tahniah awak menang itu je dah senang bagi saya lelaki kena turutnkan ego dia. 

“Apa yang saya belajar dalam perkahwinan ni kena sabarlah itu paling penting. Tak ada sabar nanti susah. kena give and take,” ujarnya. 

Sekadar info, Harris dan Asha berkahwin pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Aura Medina pada 27 Mac 2023. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

#BabyXTRA Fri, 25 Aug 2023

#BabyXTRA: Pernah Rasa Down Anak Kerap Menangis… Jadi Ibu Buat Mona Allen Lebih Penyabar 

Pengalaman paling indah buat Mona Allen apabila bergelar ibu ❤️

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

#BabyXTRA Fri, 12 Jan 2024
#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊