Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi March 24, 2023 @ 6:29pm

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Bukan saja aktif dalam dunia pengacaraan, selebriti terkenal Uyaina Arshad turut berkecimpung dalam bidang lakonan.

Pengalaman menjadi ibu buat kali pertama sememangnya satu perjalanan mencabar emosi buat Uyaina, namun di penghujung kisah itu ada sinar yang terpahat manis dalam memori bersama suami tercinta, Raja Syahiran.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Uyaina mendedahkan momen semasa berpantang adalah titik terendah dalam hidupnya selepas bersalin anak sulung, Raja Urhan.

Rasa Sakit Hilang Selepas Urhan Dilahirkan

Indah! Itulah yang diuangkapkan oleh Uyaina ketika disoal mengenai perasaannya setelah menjadi ibu. Aktres drama rantaian Kau Cipta Kasih ini mengakui tidak mahir bersama kanak-kanak, namun kehadiran anak sulungnya mengubah segalanya.

“Perasaan menjadi ibu kepada anak sulung lelaki pertama itu sangat indah! Sembilan bulan perjalanan mengandung, saat melahirkan dan tengok anak tu depan mata.. Ya Allah, Alhamdulillah syukur sangat.

“Sejujurnya, saya sangat tidak pandai dengan kanak-kanak. Sebelum jadi ibu ni, anak buah saya pun tak pernah tukarkan lampin. Kalau nak bermain okay saja, tapi bila menangis saya akan bagi pada ibu bapa mereka semula.

“Jadi apabila dah bergelar ibu ni banyak yang saya belajar. Pengalaman itu sangat mahal, belajar perkara baru bersama-sama dengan suami,” katanya.

Reda Bersalin Cara ‘Emergency’ Caesarean

Bercerita mengenai kisah bersalin, Uyaina berkata pada awalnya dia dan suami telah bersedia untuk bersalin secara normal.. Namun pada akhirnya doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan.

“Saya sebenarnya dah set dalam mind untuk buat normal delivery tapi doktor kata tak ada contraction. Air ketumban pun dah tak banyak jadi doktor pun nasihatkan saya untuk buat caesarean (czer).

“Sebelum bersalin saya dah menangis sebab terpaksa buat emergency czer. Masa tu Urhan 2.6 kilogram, kecil dan dah matang tapi dia tak nak keluar. Doctor induced pun tak ada sign yang dia nk keluar.

“Tapi the minute masa doctor tarik Urhan keluar and then terus dia poop. Nasib baik doctor made the right call sebab ada possibility dia tertelan balik poop dia. Saya sangat bersyukur,” ujarnya.

Tidak habis disitu, Uyaina berkongsi pernah dikirimkan beberapa mesej peribadi oleh individu yang juga bergelar seorang ibu mengatakan bersalin secara pembedahan itu kurang pahala.

“Saya dapat DM, ada yang kata czer ni tak sakit. Kurang pahala lagi. Yang saya terkejut datangnya dari perempuan juga masalahnya. Kita dibius dari bahagian perut ke bawah. Tapi di bahagian atas kita rasa kebas-kebas. And dalam bilik operation theatre (OT) tu kita boleh nampak segalanya yang jadi perut dibedah.

“Tapi the moment anak saya menangis, saya pun turut menangis.. Bersyukur akhirnya dia dah keluar,” dedahnya.

Berpantang? Uyaina Lebih Gemar Cara Tradisional

Tidak menafikan setiap para ibu mempunyai pilihan sendiri untuk berpantang, namun buat Uyaina lebih memilih untuk berpantang cara tradisional.

“Saya lebih kepada tradisional sebab saya rasa ini yang saya nak. Saya buat segala treatment seperti urut, bertungku, berdiang, bertangas, sepanjang 44 hari berpantang secara tradisional.

“Setiap hari mandi basuh rambut. Saya ada dengar pantang larang tak boleh mandi tu saya rasa sangat tak masuk akal.  Malah, waktu penutup pantang, saya mandi dengan tujuh jenis bunga. Lepas mandi tu saya rasa sangat lega… bertenaga. Pantang dah tamat sekarang journey sebagai seorang ibu. Kita revive balik tenaga,” ujarnya.

Ujian Berpantang? Uyaina Tertekan Susu Tak Keluar!

Menjadi seorang ibu sememangnya tidak mudah, lebih-lebih lagi apabila diuji dengan tahap emosi yang kadang kala ada turun naiknya.

Berkongsi ujian semasa berpantang, Uyaina berkata dia terpaksa berdepan dengan keadaan susu yang tidak mahu keluar. Bukan itu sahaja, Uyaina juga diuji dengan keadaan anaknya yang tidak boleh menyedut susu kerana mempunyai masalah ‘tongue tie’.

“Kadar memberikan susu tu berbeza untuk setiap ibu. Perkara inilah yang saya belajar sewaktu menyusukan Urhan. First week tu Alhamdulillah dia boleh menyusu. Tapi along the way, Urhan ada masalah ‘tongue tie’. So dia tak boleh nak sedut susu.

“Saya sangat tertekan.. Lepas dalam sehari ke dua hari balik dari hospital.. Saya tak bagi susu formula lagi. Dia tak boleh nak sedut jadi tak boleh bagi direct. Susu saya dah pump ni tapi tak cukup untuk seharian. Dah pukul 3 pagi, tapi stock susu dah habis.

“Tapi saya tk boleh nak pump. Kena ada 2-3 jam sebelum pump. Saya ingatkan susu yang saya pump seharian tu cukup, rupanya tak. Susu tak keluar. Pukul 3 pagi nk bagi anak makan apa. Saya menangis teruk sangat. Mommy blues is real. Rasa failed menjadi seorang ibu. Meroyan itu stress. Kejadian ni jadi semasa satu malam masa berpantang.

“Tapi Alhamdulillah, ada yang tenangkan saya, baru saya boleh berfikir dengan rational. Jadi struggle saya sepanjang menjadi seorang ibu ini adalah menyusu. Sekarang Urhan 100 peratus on bottle on formula and pump..,” katanya lagi.

Sekadar info, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 8 September tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

“Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Hael Husiani mohon peminat doakan yang terbaik dengan Dayang Nurfaizah

Featured Mon, 17 Oct 2022
Featured Thu, 5 May 2022

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Haqiem dan isteri pergi berbulan madu pada raya ketiga.

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Diharap covid-19 dapat dibanteras secepat yang mungkin

Featured Tue, 30 Jun 2026

Kecuaian Penulisan Ayat Al-Quran Dalam ‘Wanita Syurga’, Isa Khan Gelar Pasangan Pempengaruh ‘Red Flag’ – “Something Fishy About These Two”

Kata Isa, dia berasa pasangan pempengaruh terbabit sebagai individu yang sering menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet selain menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘redflag’.

error: Content is protected !!