Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2025 @ 12:06pm

Hafiz Suip Kesal, Anggap Tindakan Padam IG Dengan 800,000 Pengikut Satu Kesilapan

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip, 35, mengakui bahawa keputusan untuk memadamkan akaun Instagramnya pada tahun lalu adalah satu kesilapan.

Katanya,  tindakannya memadam akaun tersebut yang mempunyai 800,000 pengikut itu didorong oleh perasaan marah dan tekanan akibat menghadapi masalah rumah tangga.

“Saya padam akaun Instagram kerana rasa marah dengan keadaan semasa. Kebetulan ketika itu, isu artis yang didakwa menyokong Israel sedang menjadi perbualan hangat.

“Saya rasa perlu mencari ketenangan dan memutuskan untuk menghapuskan akaun itu. Namun, saya sedar bahawa itu adalah kesilapan kerana akaun tersebut mempunyai lebih 800,000 pengikut,” katanya kepada pemberita.

Mengaku khilaf, pelantun lagu Awan Nano itu bagaimanapun menyatakan hasrat untuk membuka akaun Instagram baru, namun menggunakan nama syarikatnya.

Jelasnya, dia kini merasa lebih lega kerana tidak perlu lagi menyembunyikan masalah rumah tangganya lagi.

Sebelum ini, pemenang anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu sebanyak empat kali itu mengambil keputusan untuk menetap di Kuching, Sarawak dek kerana mahu lari daripada tekanan.

“Saya pulang ke Kuching kerana terlalu banyak kenangan di Kuala Lumpur. Saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, terutama ibu bapa dan adik-beradik.

“Namun, saya rasa jika terus berada di Kuching, saya takkan dapat keluar dari kesedihan itu. Jadi, saya perlu kembali semula supaya tak terus dibelenggu emosi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Hafiz mendedahkan bahawa ibunya adalah sumber kekuatannya untuk kembali bergiat aktif dalam industri.

Jelasnya, ibunya adalah indiviu yang  memberi dorongan kepadanya untuk menyertai Semi Final Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 pada November lalu, meskipun pada ketika itu dia sedang menjalani pembedahan untuk membuang kaki kiri akibat komplikasi kencing manis.

“Ibu sempat menghubungi saya dan memujuk supaya saya meneruskan pertandingan dalam SFMM 39, walaupun beliau sedang menjalani pembedahan.

“Jika bukan kerana pujukan ibu, saya mungkin akan tarik diri. Dalam keadaan beliau yang kurang sihat, ibu masih risaukan saya. Saya sangat berterima kasih atas sokongan ibu,” ujarnya.

Sekadar info, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 May 2025
Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ara Johari Selesa Single

Usia semakin bertambah Ara mengakui lebih matang dalam menggalas tanggungjawab terutama dalam bidang seni.

Trending Hari Ini Fri, 5 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

familuv Thu, 1 Nov 2018
Featured Fri, 15 Dec 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022

Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perceraian aktres berbakat, Nad Zainal bersama suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini, ramai nampaknya warganet yang masih tertanya-tanya apakah punca utama disebalik pergolakan rumah tangga pelakon itu. Nad […]

Featured Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bagi Sedikit Masa, Aliff Aziz Mengaku Tak Pernah Lupa…

Insha Allah, Aliff Aziz akan kembali ke studio sekiranya mendapat material sesuai. Bukan tak rindu nak menyanyi cuma…

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
error: Content is protected !!