#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi January 12, 2024 @ 8:12pm

#BabyXTRA: Puji Anak Sangat Beradab & Hormati Orang Tua, ‘Tiada Rahsia’ Moto Keluarga Bahagia Nabila Huda

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, pelakon versatil Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil menceritakan keluarga bahagianya mempunyai moto keluarga iaitu tiada sebarang rahsia antara mereka.

Tidak menafikan dirinya seorang ibu yang garang dan tegas, Abil berkata dia juga menjadi sahabat baik kepada anaknya, Keisha Laila, 13.

Ibu Garang, Watak Munafik Keluar

“Saya adalah seorang ibu yang sangat bersikap terbuka, tapi juga sangat-sangat garang dan tegas. Garang saya adalah sejenis watak antagonis, jadi anak saya tak berani nak buat apa-apa yang boleh membuatkan saya marah sebab saya memang akan terus keluar watak dalam filem Munafik,” selorohnya.

Moto Keluarga Tiada Rahsia

Malah, setiap malam mereka sekeluarga akan duduk makan malam bersama dan berkongsi mengenai segala perkara yang berlaku seharian dalam kehidupan mereka.

“Saya juga adalah sejenis ibu yang akan sentiasa ada untuk anak saya. Setiap hari semasa waktu makan kami sekeluarga akan duduk buat post morterm untuk bercerita mengenai perkara yang jadi sepanjang hari itu.

“Moto hidup kami sekeluarga adalah tiada rahsia antara kami, semua benda kita kongsi. Selepas dah cerita, kita akan rungkaikan selesaikan, the next day move on,” katanya.

Keisha Beradab, Matang & Hormat Orang Tua

Nabila Huda

Disoal mengenai karakter Keisha yang ‘melekat’ pada Abil, aktres berkaliber ini berkata anaknya  ini seorang sangat periang, selain matang, pandai menjaga adab ketika bertutur dan amat menghormati orang tua.

“Dia very bubbly, fun, matang, paling penting dia budak berumur 13 tahun yang sangat jaga adab dan sangat menghormati orang.

“Cara dia bercakap sangat menghormati orang, itu yang saya rasa paling bagus saya rasa mengenai dia, bukan nak puji anak sendiri tapi kunci paling penting sebagai manusia ini adalah adab dan menghormati orang tal kisah status orang tu,” kongsinya.

Bonding Ibu & Anak Kuat, Tetap Ada Batas

Nabila Huda

Tambah Abil, dia tidak mempunyai cabaran dalam membesarkan anak yang sedang meningkat remaja kerana sebagai ibu dia sentiasa mendengar setiap keluhan dan masalah puteri tercintanya itu.

“Daripada kecik bonding kami kuat dan saya sentiasa mendengar masalah dia. Apa yang buat dia tak happy,  kami semua happy, tiada pergaduhan, tiada drama, tak ada tengking. Keluarga kami sangat tenang, very chill dan cheerful.

“Saya nak dia rasa saya ni mak dan juga sahabat dia. Dalam masa yang sama kena ada batas antara mak dan anak, dia tahu apa yang salah dan betul.

Di akhir temu bual itu, Abil mengenang momen melahirkan Keisya sebagai satu kenangan paling indah sepanjang bergelar ibu.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Naik Hantu! Kesal Dengan Sifat ‘Bet*na’ Lupa Diri – “Kau Memang Puk*m*k!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 26 May 2023
#BabyXTRA Fri, 8 Sep 2023

#BabyXTRA: Ambil Tugas Jaga Anak Pada Waktu Malam, Harris Annuar Rendahkan Ego Mohon Maaf Pada Isteri Setiap Kali Bertengkar

Wahh, bukan senang lelaki nak turunkan ego kan? Cayalah, terbaik Harris Annuar đŸ€©

#BabyXTRA Fri, 18 Aug 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh đŸ„° Semoga dipermudahkan segalanyaa ❀❀

#BabyXTRA Fri, 28 Jul 2023