#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi July 7, 2023 @ 4:58pm

#BabyXTRA: Scha Alyahya Penyayang, Awal Ashaari Pula Protective & Risau Nak Besarkan Anak Perempuan – “Jangan Sentuh Mereka!”

Digelar sebagai ibu bapa moden, selebriti Awal Ashaari dan pasangannya, Scha Alyahya wajar dijadikan contoh terutamanya dalam beri didikan kepada anak-anak.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, pasangan selebriti ini berkongsi perasaan dan pengalaman menjadi ibu bapa kepada dua puteri tersayang, Lara Alana dan Lyla Amina.

Hati Lembut, Anak Garang Macam Singa?

Lara Alana nama puteri sulung pasangan selebriti Awal dan Scha… Manis seperti tuan badannya juga.

Menurut Awal, Lara seorang yang lembut hati terutamanya apabila adiknya, Lyla Amina hadir memeriahkan lagi keluarga kecil mereka.

“Lara bila dia dah ada adik sebenarnya jadi sangat lembut. Lyla dia sangat garang, tahu apa yang dia nak, sangat presistent, tegas dan ada strong character.

“Lara dia banyak beralah. Masa kecil dia selalu minta sesuatu dengan elok. Mungkin juga sebab Lara kami (Awal dan Scha) selalu expose dengan dunia luar sjeak kecil, i must say dia very well-rounded juga.

“Lyla pernah buat performance atas stage dia sangat takut dan akan nangis.. tapi walaupun dia garang hati dia lembut. Orang kata memang baby pandemik betullah,” katanya.

Be Confident!, Pesan Daddy Lara

Mengakui sukar untuk membesarkan anak-anak perempuan, Awal sebagai bapa berusia 41 tahun sering menitipkan pesan kepada anak-anaknya, terutama Lara.

“Lara dah nak masuk sembilan tahun, saya nampak perbezaan dari kecil , membesar dan sekarang dia dah nak masuk ke umur remaja.

“Jauh di sudut hati saya risau sebab kita tak boleh nak pantau anak perempuan kita sampai bila-bila. Dia akan membesar, melalui apa yang kita pernah lalui dulu. Saya harap Lara membesar menjadi seorang anak bertanggungjawab, pandai jaga diri.

“Sebenarnya saya selalu pesan kat lara ‘you have to be confident, stand up for yourself, tahu value apa yang Lara ada supanya nanti tidak dibuli, tak ada orang ambik kesempatan atas Lara dan Lara tahu untuk mempertahankan diri sendiri’,” ujarnya.

Awal Protective, Scha Penyayang Tapi Tegas

Mengakui tidak mudah untuk membesarkan anak-anak perempuan, namun Awal percaya sebagai ibu bapa mereka perlu seimbang dalam menjalani peranan masing-masing.

Kata Awal, dia seorang bapa yang protective, manakala Scha pula seorang ibu yang penyayang namun tegas.

“Saya lebih protective dari Scha… Jangan sentuh anak-anak saya, saya memang tak dapat tengok anak-anak saya ada masalah atau dalam bahaya.

“Scha seorang ibu yang sangat penyayang tapi tegas.. Dia letak anak-anak nombor satu yang utama lebih dari diri dia sendiri. Maksudnya dia selalu fikir anak, biarlah dia tak dapat apa yang dia nak janji anak dia selesa.. Itu antara good value tentang Scha,” katanya.

Sekadar info, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Lara Alana dan Lyla Amina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

Featured Mon, 20 Apr 2020

Tom patah hati, ini pengakhiran kisah Tom & Jerry yang ramai tidak tahu!

Pengarah siri animasi ini temui ajal Khamis lalu.

Trending Mon, 1 Oct 2018

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Thu, 2 Sep 2021

Isu Ebit Lew: Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice Dan Nadir

Isu melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dan dua lagi individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice hari ini memasuki fasa baru. Terbaru, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu […]