Trending By: SGMS Faida October 1, 2018 @ 8:00am

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Ketika semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri, lelaki ini masih kekal berani meneruskan tugas.

Anthonius Gunawan Agung yang merupakan seorang pengawal trafik udara diangkat sebagai hero kerana sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nyawa ketika gempa berkekuatan 7.5 menggegar lapangan terbang Palu, kelmarin.

Gegaran tersebut telah menyebabkan rekahan besar di landasan yang mana ketika itu sebuah pesawat membawa ratusan penumpang sedang bersedia untuk berlepas.

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Dia kemudiannya melompat dari tingkat empat selepas bangunan tersebut terus bergoncang seperti mahu runtuh.

Lelaki berani itu bagaimanapun mengalami kecederaan dalaman dan patah kaki.

Sebuah helikopter dikerah untuk membawanya ke hospital untuk rawatan pakar, namun Anthonius meninggal dunia sebelum helikopter tiba.

Dia yang akan menyambut ulang tahun ke-22 pada 24 Oktober depan diberi penghormatan terakhir oleh tentera dan pangkatnya turut dinaikkan sebagai menghargai pengorbanannya. – The Mirror

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Aug 2020
Featured Tue, 30 Aug 2022

Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Tuan badan dah tampil jawab spekulasi hubungan percintaan dengan Aedy Ashraf 🥰 Amboiii. kemain lagi ek Sweet je!

familuv Tue, 6 Dec 2022

Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

Personaliti Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen memiliki kereta impian.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) Menerusi entri tersebut, Aisyah […]

Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023
Featured Fri, 18 Mar 2022