Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 5, 2024 @ 4:15pm

Individu Dakwa Sambut Tahun Baru Dengan Geng Homoseksual, Khai Bahar Luah Rasa Terkilan – “Jangan Sampai Menfitnah!”

Penyanyi Khai Bahar luah rasa terkilan apabila ada individu yang mendakwa dirinya terlibat dengan pergaulan bebas.

Menerusi hantarannya di Instastory, individu tersebut mendakwa Khai menyambut tahun baru di Pulau Langkawi bersama golongan yang suka sesama jenis atau homoseksual.

“Teguran untuk Khai Bahar. Arwah mak nak yang terbaik untuk Khai. Cukuplah bergaul dengan geng g*b*. Saya tahu Khai pergi pulau celebrate new year dengan siapa,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Khai memberitahu dia pergi ke pulau tersebut bersama rakan-rakan yang sudah kenal lama.

“Cukup lah. Aku pergi dengan kawan-kawan baik aku yang aku dah kenal bertahun-tahun lama. Bukan sambut new year saja, sambut birthday sekali. Dah plan dengan kawan-kawan kampung lama aku.

“Jangan sampai menfitnah. Kalau tak boleh bagi aku happy, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ni jangan salahkan aku apa yang jadi,” jelasnya.

Dalam hantaran lain, Khai akui tidak sempurna namun dia sentiasa ingat pesanan daripada arwah ibunya.

“Biarlah kawan aku macam mana sekali pun, aku tak adalah baik sangat. Aku kenal kawan-kawan aku bukan semalam.

“Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Cukup lah Allah tutup aib kita masing-masing. Mak aku pernah pesan nak buat apa buat lah, ingat apa sebelum nak buat. Nanti pandai-pandai fikir mana baik mana salah. Dia pesan lagi, jangan dendam dengan orang, solat jangan tinggal,” katanya.

Malah, pelantun lagu Bayang ini juga turut memohon maaf sekiranya dia ada berbuat salah terhadap sesiapa.

Aku pun minta maaf kalau ada salah silap dekat korang semua. Kalau tak suka aku sekali pun, jangan hina aku dan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku dekat KL ni boleh kira berapa je. Tu je kawan aku. Aku dah hilang syurga aku, sekali lagi minta maaf,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Leona secara terbuka puji Andy Teh ‘hot’, good looking

Featured Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Fad Bocey ralat tak dapat tatap muka arwah buat kali terakhir

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Sun, 24 Aug 2025

Issey Fazlisham Pentaskan Teater Dalam Penjara, Mahu Suntik Semangat Patriotisme

Issey Fazlisham membawa pementasan Teater Dalam Penjara bersempena Makar Fest.

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Trending Mon, 9 Dec 2019

Suruh Pesakit HIV ‘Stop’ Ubat, Dr Amalina Bersuara

Dr Amalina Persoal Gelaran ‘Doktor’ Individu

error: Content is protected !!