Kisah Viral By: Khairil Khusyairi November 9, 2023 @ 4:06pm

Bayi Perempuan Maut Ditinggalkan Dalam Kereta, Ibu Sangka Dah Hantar Ke Tadika 

Bayi perempuan berusia dua tahun maut selepas lapan jam berada dalam kereta di Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.49 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Bayi perempuanBayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Cuai, Bayi Usia Lapan Bulan Maut Selepas Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Sat, 31 Aug 2019
Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

‘Terima Kasih Wawa’- Aeril Zafril Doa Isteri Terus Setia Di Sisi

Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam diri Wawa terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

Hiburan Sun, 8 Sep 2019