Hiburan By: Khairil Khusyairi November 10, 2023 @ 4:08pm

Jarang Muncul Di Kaca TV Lepas Kahwin, Ainul Aishah Tinggalkan Dunia Lakonan? Ini Jawapan Tuan Badan

Pelakon Ainul Aishah menafikan cakap-cakap ramai yang mengatakan dia mahu meninggalkan dunia seni kerana dilarang suaminya, Khalid Redzuan.

Menurut Ainul, suaminya itu sangat menyokong penuh kepadanya untuk terus muncul di kaca televesiyen biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon berusia 38 tahun ini juga memaklumkan bukan mahu berhenti berlakon sebaliknya memperlahankan karier.

“Tak dinafikan, ada saja yang bertanya mengenai perkara ini sebab nampak saya macam dah tak nak berlakon, seakan sudah tak berminat dengan dunia seni.

“Tanggapan itu salah. Saya sendiri pun tak pernah cakap yang saya dah letakkan noktah pada dunia lakonan. Memperlahankannya mungkin lebih tepat.

“Sebenarnya, kalau nak tahu, suami saya adalah orang yang paling menyokong dan nak tengok saya kembali aktif berlakon. Dia memang selalu saja tanya saya bila nak berlakon lagi.

“Tetapi saya pula yang kata nanti dahulu. Suami saya tak pernah melarang pun,” katanya yang kini sibuk memberi fokus kepada perniagaan biskut.

Ujar Ainul, dia tetap akan mengabdikan diri dalam dunia lakonan namun kini mahu memberi ruang kepada bakat baharu.

“Jadi, kalau ada yang kata saya tak berlakon, atau tak nampak di kaca televisyen maka sebab itulah tak ada ‘job’, itu bagi saya satu tanggapan yang salah. Tetapi saya tak kisah pun orang nak cakap apa.

“Buat masa sekarang saya nak stabilkan dahulu perniagaan. Saya tak akan pernah berhenti dengan bidang lakonan, biarpun usia saya 50 atau 60 tahun jika tawaran itu masih ada untuk saya.

“Tak apalah, berilah peluang dan laluan untuk pelakon-pelakon baharu cipta nama dalam dunia seni, nanti saya sudah sedia baru saya fokus berlakon kembali,” ujarnya.

Baru sahaja melayari rumah tangga, pastinya ditebak soal cahaya mata. Bagi Ainul sendiri, dia juga sama seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga.

“Kalau boleh memang nak zuriat secepat mungkin. Tetapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi. Kami okey sahaja.

“Ini pun berat badan naik dan dah ramai yang tanya sama ada saya dah ada ‘isi’ kah? Jawapannya belum. Ini memang tengah gemuk sikit,” katanya.

Untuk rekod, Ainul Aishah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada 20 September 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Mar 2024
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Mon, 8 Jan 2024

Fuad Rahman Dituduh Masih Tak Berubah, Tom Pertahankan Suami

Hmm tak baiknya tuduh macam tu.. Siapa kita nak hukum?

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

10 Atau 12 Finalis? Debaran AJL39 Semakin Hangat! Tunggu Pengumuman Eksklusif 18 Januari Ini!

Terdapat khabar angin yang mengatakan dua lagi finalis bakal menyertai pentas AJL39. Benarkah?

Trending Tue, 22 May 2018

10张人类灭绝后的照片「没有人类地球会更好」

和所有物种一样,人类也会遭遇灭绝危机,比如地球人口过剩,资源缺乏。在许多电影如《2012》、《后天》都揭示了地球未来可能遭遇的灭绝危机,那么当人类灭绝后地球会怎么样?

error: Content is protected !!