Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops February 4, 2019 @ 3:51am

Tahniah! Haram Dinobat Juara Lagu Ke-33

Tahniah!

Seolah-olah sudah dapat dibaca, Haram antara persembahan yang bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh majoriti penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.

Malah, lagu Haram turut berada di dalam list peminat mahupun rakan artis antara yang bakal menang besar pada malam ini.  Mendapat standing ovation ketika persembahan berakhir, nampaknya usaha dan kerja keras yang diberikan oleh dua nama besar ini  sangat berbaloi kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke- 33.

Nampaknya, bukan sahaja mendapat tempat dihati peminat, percubaan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong ini mampu memukau keputusan juri kita.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Tahniah Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjadi Juara untuk Anugerah Juara Lagu 33 kali ini dengan lagu Haram! #AJL33 ⭐️⭐️⭐️

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Peminat bersorak dengan meriahnya meraikan kemenangan duo ini. Mimik muka Hael dan Dayang jelas kelihatan gembira dan bersyukur ketika lagu Haram diumumkan sebagai Juara. 

Apapun, persembahan yang cukup menarik berserta turunnya air hujan menunjukkan ini adalah kelainan yang terdapat di pentas AJL33 kali ini.

Pemenang Juara AJL 33 ini turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. 

Hael Husaini berkata, 

“AJL33 anda semua memang terbaik, dan mungkin rezeki tahun ini menyebelahi kami tapi Alhamdulillah,thank you so much TV3, thank you to juri, thank you to everyone who support us”

Manakala Dayang juga mengucapkan terima kasih kepada Hael kerana mengajaknya untuk menyanyikan lagu ini bersama-sama.

Kemenangan ini adalah satu kemenangan yang besar buat mereka berdua dan juga buat Ezra Kong. 

Semoga rezeki mereka selepas ini makin luas hendakNya!  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Aug 2023
Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Events Mon, 16 Jun 2025
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Langganan Tanpa Iklan, 1.5 Juta Pengguna Kini Boleh Akses Ciri Premium

Setakat ini, aplikasi berkenaan merekodkan 9.8 juta muat turun serta 8.3 juta sesi bulanan.

error: Content is protected !!