Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 1, 2022 @ 1:54pm

[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Umum sedia maklum, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seakan berada di ambang ‘perpisahan’ setelah mahligai cinta mereka dipercayai mula retak akibat orang ketiga.

Susulan itu, Sera ketika ditemubual dalam sebuah program hiburan mengakui hubungannya dengan Shuk tidak dapat diselamatkan lagi.

Menurut Sera, dirinya merasakan tidak lagi mampu memberikan kebahagian buat Shuk dan sudah membuat keputusan untuk meletakkan noktah terhadap hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Sebak! Gugurnya Air Mata Isteri
 Rossa Sera Noktahkan Hubungan Bersama Shuk Sahar – “Mungkin Saya Tak Mampu Bahagiakan Dia”

Terkini, sebuah video yang memaparkan Shuk hadir ke mahkamah syariah telah mencuri perhatian netizen yang seakan ‘meluat’ melihat Shuk yang dikatakan ‘play victim’ itu.

Video slow-mo berdurasi 24 saat itu menunjukkan Shuk berurusan di mahkamah bersama seorang peguam dipercayai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama Sera, sambil berlatarbelakangkan lagu kekecewaan.

Dalam pada itu, video tersebut seperti menjelaskan bahawa Shuk turut meletakkan titik noktah dan melepaskan Sera daripada menjadi isterinya.

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa perkahwinan Shuk dan Sera.

   

   

Namun ramai juga yang mengecamnya atas kesilapan sendiri dengan bertindak ‘curang’ terhadap wanita yang sangat baik dalam kehidupannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jan 2023

Bakal Diadakan 15 Mac Ini, Konsert Patah Hati Bakal Gabung 6 Penyanyi Hebat Di Malaysia

Sesuatu yang sangat istimewa bakal menanti peminat hiburan khususnya yang cukup menggemari lagu-lagu cinta dan melankolik. Buat julung kalinya, ANS Diversified Sdn Bhd akan mempersembahkan Konsert Patah Hati sebuah persembahan yang menggabungkan enam nama hebat […]

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Menangis Bukan Kerana Cengeng, Lara Alana Mudah Tersentuh

Walaupun baru berusia 4 tahun, Lara Alana sudah mampu menghayati sesebuah lagu. Wow!

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Fri, 12 Oct 2018
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial

Penyanyi Fuad Rahman kecewa dengan tindakan isterinya yang juga penyanyi, Tom yang dilihat sengaja menjaja kisah peribadi mereka di sosial media.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
error: Content is protected !!