Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2022 @ 4:56pm

“Awan Yang Terpeleot Ke Ni?” – Persembahan Nyanyian Viral Jadi Bahan Kutukan Netizen, Ini Respons Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura mencuri perhatian warganet selepas beberapa klip video nyanyiannya tular di laman sosial TikTok.

Difahamkan, klip video yang tular terbabit adalah sedutan persembahannya di Bobo KL, Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, rata-rata warganet mempersoalkan suara penyanyi itu yang didakwa sumbang ketika menyanyikan lagu popularnya berjudul Awan Yang Terpilu.

Teruk dikecam, namun masih  ada segelintir  warganet yang tampil mendedahkan bahawa nyanyiannya ketika itu bukanlah sumbang seperti yang diperkatakan, tetapi Ning sebak kerana teringatkan arwah bapanya.

Justeru itu, mereka mengakui sikap Ning ini harus dipuji kerana masih meneruskan nyanyiannya walaupun dalam keadaan penuh emosi.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ichiwon, beliau sempat memuat naik beberapa siri transisi vokal penyanyi ini menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu.

Malah, perkongsiannya ini juga telah di tonton lebih 100,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Khamis.

 

Memetik laporan Harian Metro, Ning menyifatkan tindakan menularkan video terbabit adalah tidak munasabah selain menyifatkan ia sengaja mahu menjatuhkan reputasi dirinya.

“Tidak sepatutnya tularkan video yang pendek saja. Sepatutnya muat naik yang penuh.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.

“Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana sata terkenangkan arwah ayah.

“Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

“Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Yang Terpilu ini.

“Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.

“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya.

“Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Hiburan Wed, 2 May 2018

Kenapa Agaknya Janna Nick Pilih Lelaki Sederhana?

Menurut Janna, sekiranya hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana wang bukanlah penentu kebahagian seseorang

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Trending Fri, 24 Apr 2020

“Billboard” Di Amerika Papar Cara Berdepan Ancaman Wabak Ikut Nasihat Hadis Nabi

Hadis berusia lebih 1400 tahun dijadikan sebagai nasihat pada hari ini

Hiburan Mon, 17 Feb 2025

Eizlan Yusof Menerusi VIBES Komited Perkasa Seni Tari Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Stephy Dance Group

Pelakon dan pengasas VIBES International Agency (VIBES), Datuk Seri Eizlan Yusof terus menunjukkan komitmennya dalam memperkasakan seni tari Malaysia.

Trending Mon, 27 Jun 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Kalau min dapat maid macam ni sampai lumat min kerjakan 😤🤣

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
error: Content is protected !!