Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2025 @ 5:22pm

Eizlan Yusof Menerusi VIBES Komited Perkasa Seni Tari Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Stephy Dance Group

Pelakon dan pengasas VIBES International Agency (VIBES), Datuk Seri Eizlan Yusof terus menunjukkan komitmennya dalam memperkasakan seni tari Malaysia dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Stephy Dance Group (SDG).

Perjanjian ini bertujuan mempromosikan kepelbagaian tarian tempatan ke peringkat antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni tari tanah air.

Menurut Eizlan, pihaknya bukan sahaja mahu memartabatkan seni tari tempatan, tetapi juga memastikan kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok di bawah naungan VIBES memberikan impak positif kepada masyarakat.

“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan kesan baik kepada masyarakat. Jangan terlalu mengejar tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta mencetuskan kontroversi yang boleh memberi kesan negatif, seperti isu membabitkan hubungan Malaysia dan Indonesia baru-baru ini,” katanya.

Eizlan turut menekankan kepentingan bagi hos TikTok untuk mencontohi selebriti media sosial yang berjaya menjana pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa bergantung kepada kandungan sensasi.

Majlis yang berlangsung sempena TikTok Meet Up Night anjuran VIBES itu turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara VIBES dan SDG, selain kerjasama rasmi bersama Synergy Global Agency serta Inspire Agency.

Dalam pada itu, pengasas SDG, Datuk Stephanie Low pula percaya seni tari Malaysia berpotensi mencipta fenomena global setanding dengan K-Pop jika diberikan sokongan sewajarnya.

“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya.

Stephanie yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional, termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya sambil menari tarian tradisional Malaysia.

“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok di bawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Eizlan turut melancarkan koleksi Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena Ramadan dan Syawal selepas kejayaan jualan lebih 3,000 helai tahun lalu.

“Kurta ini mempunyai lapan warna pilihan dan ditawarkan dalam saiz sehingga 2XL,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

G-Dragon’s Detailed Personal Info Leaked Online by ‘Fan’

It is extremely detailed that it’s so creepy. No wonder he needed privacy at the hospital.

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

“Tiada Mengalah, Semua Bincang Baik-Baik” – Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Besar Fattah Amin

Amira turut memuji sikap suaminya yang disifatkan fleksibel dan mudah berbincang dalam menentukan perancangan Aidilfitri mereka.

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Kak Lina Pom Pom dan selamat melayari bahtera perkahwinan!

Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

“Itu Bukan Bodoh, Itu Taat Secara ‘Mengkhinzir’ Buta, Watak Aisyah Dalam Nur 2 Dihentam Netizen

Dilabel “taat mengkhinzir buta’, watak Aisyah dalam Nur 2 buat netizen geram!

Trending Fri, 29 Dec 2017

Isteri lari rumah akibat suami bernafsu ‘pelik’

Si suami dahlah bernafsu ‘pelik’ mana tak si isteri lari rumah

error: Content is protected !!