Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2022 @ 7:03pm

Ainul Aishah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Pelakon Ainul Aishah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ainul atau nama lengkapnya Ainul Aishah Azizun, memuat naik beberapa keping foto ketika majlis pernikahannya yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas berkat doa semua. Urusan majlis kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya. Saya bersyukur dengan semuanya dan kini bergelar seorang isteri kepada lelaki yang paling penyayang.

“Saya amat bertuah dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan pada hari bahagia saya. Memori ini akan kekal selamanya dalam hati dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sangat istimewa,” tulis Aishah.

Tampil dengan persalinan serba putih, Aishah bergelar isteri kepada Khalid Redzuan dengan sekali lafaz.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami bergelar suami dan isteri,” tulisnya di ruangan kapsyen

Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 27 Mac 2021.

Sumber: Instagram ainulaishah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Mimi Tertekan Selepas Bercerai

Saya sedar hidup perlu diteruskan. Hampir dua bulan saya habiskan menyendiri di rumah dan menangis…Aduhai, sedih kami mendengarnya. Kuat ya Mimi!

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Featured Tue, 4 Jun 2024
error: Content is protected !!